• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Bulatan Eksklusif Lebih Radius

    Saturday, November 5
    Segala puji bagi Allah,

    BULATAN EKSKLUSIF LEBIH RADIUS

    Bukanlah bulatan pertama untuk musim ini, cuma ianya menjadi eksklusif dan lebih radius berikutan dengan proses upgrade-meng-upgrade

    [Mr Google]
    Saya me-nota-kan diri-sendiri dengan beberapa perkataan daripada mak-membulat semasa (moga Allah merahmati beliau). Namun, saya telah mengolahnya dengan perkataan dan kefahaman saya sendiri.

    Silakan dahulu untuk memerhatikan surat cinta-Nya untuk kita,




    Terkesan berserta 'quadruple tears'

    Kadang-kadang, kita (kebanyakkan masa - merujuk kepada diri-sendiri) terlepas pandang terhadap perkara-perkara asas. Padahal, kita sendiri telah maklum dan mengetahui akannya. Persoalan-persoalan tentang niat, keikhlasan, perbuatan, dan kesatuan merupakan misal kepada perkara asas tersebut.

    Memetik kata-kata daripada mak-membulat semasa

    "... maka sia-sialah perbuatan kita kalau kita tidak sentiasa memperbaharui niat kita."

    Lagi, 'Bulatan Eksklusif Lebih Radius' kali ini mengajak teman-teman yang dirahmati Allah, dan saya untuk me-refresh kembali berkenaan dengan kesatuan. UKHUWWAH, TA'ARUF, TAFAHUM, TAKAFUL, ITSAR, dan AT TADHIYAH merupakan perkataan-perkataan yang MAHAL dan BERMAKNA

    TAHU dan SEDAR, namun ... (anda pasti memahami akan maksud saya). InshaAllah, kita akan terus berdoa kepada Allah agar disatukan hati kita.

    Memetik kata-kata IHAB:

    "Yang sangat maksud dengan ukhuwwah adalah: mengikat hatinya dengan jiwa-jiwa ini dengan ikatan aqidah, dan aqidah merupakan ikatan yang paling kukuh dan paling mahal harganya, dan ukhuwwah adalah saudara keimanan, sementara perpecahan adalah teman dari kekufuran, kekuatan yang utama adalah persatuan dan tidak ada persatuan tanpa cinta, dan cinta yang paling rendah adalah lapang dada, sementara yang paling tinggi adalah itsar."

    Sepintas lalu memperhatikan makna Surah Al Hujarat, kita memanjatkan permohonan kepada Allah agar 'Bulatan Eksklusif Lebih Radius' ini terbina dengan lebih efektif, kondusif, proaktif, dan positif. Moga kita semua saling berpegang teguh kepada ukhuwwah yang kekal ini dengan bersama-sama memelihara hak-hak ukhuwwah, merasakan nilai-nilainya, dan menjaga wirid Rabithah kita setiap hari.

    Wallahua'alam wa nastaghfirullah al adzeem.



    3 comments:

    1. puding karamel said...:

      bila dah terlalu hebat,kadang lupa basic
      bila dah terlalu tinggi, tak mau lg lihat bawah

      insap
      tq ats peringatan.
      kadang2, kne refresh bende 'remeh'yg super essential

    1. The Mind of Super Muslim said...:

      Pesan GURU kita (diri-sendiri), moga Allah merahmati beliau:

      "Untuk kita menyelesaikan suatu masalah, atau juga untuk memahami sesuatu yang hebat, kita kena faham dan mendalami perkara-perkara yang bersifat paling asas. Biasanya dianggap remeh..."

      Nota: Perkataan yang digunakan adalah sama-sekali tidak tepat, namun InshaAllah maksud perkataan beliau adalah seperti yang dinyatakan.

    1. Anonymous said...:

      Thank you for the auspicious writeup. It in fact was a amusement account it.
      Look advanced to more added agreeable from you!
      By the way, how could we communicate?

      Feel free to visit my webpage; http://www.pregnancyaid.in

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...