• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Macamana Boleh Berkarat?

    Wednesday, June 15
    “Rust is a brownish-red substances that forms on the surface of iron or steel when it is exposed to damp air. The terms used alone means iron rust, which consists mainly of hydrated iron oxide. Rust is formed by the union of oxygen in the air with iron by a process called oxidation.




    Rust not only corrodes the surface but also weakens the metal. Long exposure to air and moisture will cause baiks to rust off, and rust holes to form in sheet iron. Iron can be mixed with other chemical elements to create rust-resistant metals called stainless steels. Iron and steel that are not rust resistant should be kept dry or coated with a substances, such as chrome or paint, that will resist the action of oxygen. Polished tools may be easily protected if wiped with a cloth soaked in oil. Coated metal objects with heavy greases or spray-on plastics, or wrapping them in special chemically treated paper, also prevents rust.”

    Sudah dibaca informasi diatas? Alhamdulillah, saya sengaja membekalkan teman-teman fakta tentang karat daripada sudut sains dalam Bahasa Inggeris agar mudah dimengertikan.

    QUIZ I: Bagaimana pula fenomena HATI yang berkarat? Adakah ianya boleh berlaku?

    Jawapan ilmu sains: Jika teman-teman membutuhkan jawapan dari sudut pandang sains, saya langsung memohon maaf dan saya sememangnya tidak akan memberikan jawapannya saat ini kerana belum lagi memulakan eksperimen untuknya. Afwan katheera.

    Skema jawapan pada sudut pandang yang lain: Benar, HATI mudah berkarat.

    Hati kita mudah saja terdedah kepada kelembapan dunia yang menyebabkan ianya menjadi keras tetapi berkarat. Kebanyakkan ruang masa yang sebenarnya tersisa terkadang terlupa untuk digunakan sebagai ahsanu amala. Kita sekali-kali tidak akan menyalahkan masa, mahupun orang lain, atau menyalahkan dunia kerana pelakunya adalah kita.

    Dari Ibnu Umar RA, Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya hati itu berkarat sebagaimana besi berkarat jika terkena air.” Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, apakah pembersihnya?” Sabda baginda, “Banyak mengingati mati dan membaca al Quran.”

    (HR Al Baihaqi)

    QUIZ II: Apa keburukan apabila sesuatu itu berkarat?

    Jawapan ilmu sains: Besi yang berkarat bersifat rapuh, mudah larut, dan bersifat racun.

    Jawapan lain:

    “Aku melihat dosa-dosa itu mematikan hati dan rindu pada berbuat dosa, ia mewariskan kehinaan. Meninggalkan dosa bererti menghidupkan hati, kerana itulah yang terbaik untuk dirimu.”

    (Abdullah Ibnu Mubarak)
    QUIZ III: Bagaimana menjadikannya Stainless Steel?

    Jawapan ilmu sains: Simpan di tempat kering dan gunakan kaedah coating

    Jawapan ilmu lain:

    Ibrahim al Khowash disebutkan namanya Ibrahim an Nak’I berkata: “Ubat hati ada lima: membaca al Quran dan mentadabburkannya, mengosongkan perut, qiyamullail, memohon ampun di waktu sahur, dan duduk bersama para shalihin.”





    Insha Allah, kita sama-sama berusaha untuk menjadikan hati kita stainless steel, hindari karat!

    “Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakkan diantara mereka adalah orang-orang yang fasik.”

    (QS Al Hadid, 57:16)


    Sekiranya teman-teman punya kelebihan masa, tafadhol untuk mendengarkan link berikut:



    Astaghfirullah al adzeem...
    Astaghfirullah al adzeem...
    Astaghfirullah al adzeem...

    Wallahua’alam.

    YOURSELF, You Decide

    Kita ingin dikenal sebagai siapa? Persoalan ini bukan memaksudkan bahawa kita (saya dan teman-teman) perlu mempopularkan diri. Sekali-kali tidak! Sehari-hari, kita pasti akan bertemu dengan manusia yang lain, maka mungkin saja pada pertemuan pertama mereka sudah membuat penilaian terhadap keperibadian kita.




    Kebiasaannya, kita mengenal manusia dengan perlakuan mereka, atau juga melalui sesuatu yang menjadi kebiasaannya, atau karakternya, atau sesuatu yang sering dilakukannya.

    Misalnya, kita mengenal manusia yang berhati lembut, kerana dia senang sekali mengungkapkan perasaannya dengan menangis. Kita mengenal manusia yang lucu, kerana perkataannya, perbuatannya, dan pemikirannya yang lucu.

    Seharusnya, kita juga sedar kerana kita dikenali kerana kebiasaan kita. Segala perbuatan kita sudah cukup untuk kita mewaspadai apa yang kita lakukan.

    Ketika kita menyebut nama Abu Bakar as Siddiq, kita pasti akan teringat akan kejujurannya, ketsiqohannya kepada Rasulullah, tadhiyahnya. Berbicara pula mengenai Umar al Khattab, kita mengingatinya dengan keadilan, ketegasan, dan keberaniannya. Kita mengenali Uthman dengan sifat pemalu dan kedermawanan, manakala Ali bin Abi Thalib pula dikenali dengan keberanian, ilmu, dan kegemarannya berpuasa pada hari yang terik dalam jihad fi sabilillah. Begitu juga dengan kenalnya kita kepada para sahabat yang lainnya dengan ahsanu ‘amala masing-masing.

    Sekali lagi kita bertanya kepada diri sendiri, kita ingin dikenali sebagai siapa?




    Mungkin terlalu jauh untuk memiliki keperibadian seperti para sahabat, apatah lagi untuk memiliki keindahan peribadinya Rasulullah SAW. Tetapi, tidak bermaksud kita melupakan misi untuk menjadikan mereka uswah dan qudwah.

    “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.”

    (QS Al Ahzab, 33:21)

    Sekarang bagaimana? Apakah kita mahu mencelup diri dengan celupan pemimpin-pemimpin dunia, atau tokoh-tokoh dunia, ataukah dengan celupan daripada artis-artis dunia ketika ini? YOURSELF, you decide.

    Saya mengingatkan kepada diri dan teman-teman, jadilah diri sendiri dengan celupan Allah bermodelkan Rasulullah SAW.

    “Sibghah (celupan) Allah. Dan siapakah yang lebih baik sibghahnya daripada Allah? Dan hanya kepadaNya lah kami menyembah.”
    (QS Al Baqarah, 2:138)

    Bagaimana untuk menjadi diri sendiri dengan celupan Allah bermodelkan Rasulullah? Maafkan saya, sekiranya boleh ditanyakan, apakah nama saudara? Maka, untuk menjadi diri sendiri, jadilah seperti nama saudara. Sekiranya nama saudara bermaksud seorang penyaksi ataupun seorang yang mati syahid, maka berusahalah untuk merealisasikannya kerana kita sudah punya kekuatan terhadapnya. Kekuatan? Ya, KEKUATAN kerana ibubapa, dan manusia lainnya sering mendoakan kita. Lalu, bagaimana pula mahu mencelup diri dengan celupan Allah bermodelkan Rasulullah? Baiklah, cuba kita memeriksa kembali syahadah kita berserta hak-haknya (saya membiarkan teman-teman untuk memeriksa syahadah menggunakan kaedah self-checking). Insha Allah, kita pasti memahami makna ‘Celupan Allah bermodelkan Rasulullah’.




    Menanam karakter melalui pembiasaan adakalanya memerlukan pemaksaaan. Namun, pemaksaan akan terlihat indah apabila sudah dicelup dengan warna yang ceria kerana ia sudah menjadi karakter.

    Menjadi kewajipan kita semua dalam membina ‘izzah, persembahan akhlak kita adalah persembahan manusia yang sebenar. Ini adalah kaedah utama dalam mengajak kepada ‘Amar ma’aruf nahi mungkar’, dalam erti kata lain, kita semua adalah du’at.

    “Dan hendaklah ada diantara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’aruf, dan mencegah dari yang mungkar; Merekalah orang-orang yang beruntung.”

    (QS Al Imran, 3:104)

    Memetik sedikit peringatan daripada al Imam al Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin, terdapat bermacam-macam akhlak yang harus menghiasi seorang muslim, antara lain:
    • Sabar
    • Siddiq
    • Zuhud
    • Rasa takut dan penuh pengharapan
    • Taqwa dan wara’
    • Syukur dan redha
    • Sentiasa bertaubat


    Kita ingin dikenal sebagai siapa? YOURSELF, you decide. Kita berharap setiap perilaku, perasaan, pemikiran, dan keyakinan menjadi ahsanu amala kita. Setiap orang memiliki ahsanu amala yang berlainan sesuai dengan pemberian Allah terhadap potensi diri masing-masing. Tugas kita adalah untuk menggalinya dan menjadikannya sebagai ikon diri kita dihadapan Allah. Insha Allah.

    Refleksi Diri: Tidak mengapa sekiranya teman-teman dikategorikan sebagai manusia yang bersikap PELIK atau ANEH atau juga perkataan lain daripada rakan sebaya saya UNIK, tetapi jangan dibiarkan kepelikan, keanehan, keunikan tersebut berada di luar landasan ketetapan Allah.

    “Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik, dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakkan makhluk yang telah Kami ciptakan.”

    (QS Al Israa, 17:70)

    Wallahua’alam bishowab wa astaghfirullah al adzeem.

    RAIL The Better WAY To Travel

    Saturday, June 11
    RAIL the better WAY to travel

    Teman-teman, bagaimana? Setuju? Punya IDEA? 

    Kemudian, saya teringat sebuah pepatah Arab yang berbunyi (sekiranya teman-teman membacanya sehingga terdengar di telinga), “Man saara ‘ala dzarbi wasola (siapa yang berjalan di atas landasan, dia sampai).”

    Menurut saya, kita perlu untuk berjalan. Yang dimaksudkan dengan berjalan ialah kita tidak berkedudukan statik dan masih dalam lingkung pengertian daripada saya, berjalan juga membawakan maksud, mempunyai daya gerakan.

    Bagaimana? Ya, terpulang kepada saya dan juga teman-teman. Sekiranya mahu menaiki keretapi atau kereta atau kenderaan yang lainnya, silakan. Atau mahu berjalan kaki sahaja, tafadhol kerana yang lebih penting adalah kita berkeadaan BERJALAN. Maka, menjadi tanggungjawab kita untuk memilihnya kaedah yang bersesuaian.

    Kenapa harus BERJALAN bukannya TERBANG atau BERENANG atau sesuatu yang selain daripadanya? Hmm, bukankah kita ini MANUSIA? Maka, fitrah manusia itu berjalan dan Allah menyediakan JALAN-JALANNYA untuk kita lalui.

    Firman Allah SWT:

    “Yang menjadikan bumi untuk kamu sebagai tempat menetap dan Dia membuat jalan-jalan di atas bumi untuk kamu supaya kamu mendapat petunjuk.”

    (QS Az Zukhruf, 43:10)

    “Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan (jalan kebajikan dan jalan kejahatan)”

    (QS Al Balad, 90: 10)

    Jalan kita sangat PANJANG, menyebabkan kita perlu untuk berjalan dan berjalan dan berjalan. Sememangnya tidak sempat untuk berhenti berlengah-lengah sehingga Allah yang memberhentikan kita daripada berjalan. Kita adalah MUSAFIR. Sehingga saat ini sahaja, kita baru singgah di Alam Dunia. Ini saja, terkadang kita sudah merasa penat. Padahal, ada lagi alam-alam yang lain yang mungkinnya lebih panjang daripada Alam Dunia. Wallahua’alam.

    Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang. Terfikirkah kita bahawa, Allah tidak membiarkan kita sendirian di perjalanan?

    Firman Allah SWT:

    “Apakah manusia mengira, bahawa ia akan dibiarkan begitu sahaja (tanpa pertanggungjawaban)?”

    (QS Al Qiyaamah, 75:36)

    Apa yang Allah sediakan untuk kita? (Saya memohon keampunan daripada Allah)

    RAIL the better WAY to travel.

    RAIL : Al Quran dan As Sunnah
    WAY : LAA ILAAHA ILLA ALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH

    Allah Maha Baik terhadap kita.

    Sebenarnya kita mahu kemana sampai kita perlu berjalan terus-terusan? Saya membiarkan teman-teman untuk menjawab persoalan ini. Oh ya, hampir saja saya terlupa... Bukankah kita semua adalah PEMANDU? Allah mempersiapkan kita agar boleh memandu. Apa teman-teman sedar tentang ini? Walaupun mungkin kita memilih untuk berjalan kaki, tetapi kita tetap PEMANDU kerana kitalah yang memandu KAKI kita kepada jalan yang mana satu.

    Cuma ada dua jalan, iaitu Jalan Kebaikan dan Jalan Kejahatan. Pilih saja mana-mana...

    Firman Allah SWT:

    “Hai orang-orang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepadaNya dan berjihadlah pada jalanNya, supaya kamu mendapat keberuntungan.”

    (QS Al Maidah, 5:35)

    PEMANDU yang memilih jalan kebaikan, jalan LAA ILAAHA ILLA ALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH dan berlandaskan al Quran dan as Sunnah, Insha Allah, inilah jalan yang BENAR. Jalan yang akan mendekatkan diri kepada Allah dan jalan yang akan membawa kita tiba ke DESTINASI dengan SELAMAT.

    AWAS! Perjalanan yang panjang akan memperlihatkan kita banyak situasi. Kita mungkin akan mengalami atau bertemu dengan tanah runtuh, jalan licin, jalan bengkang-bengkok, tersalah jalan, kemalangan, dan sebagainya samada sesuatu yang kita inginkan ataupun kita tidak inginkan.

    Firman Allah SWT:

    “Dan hak bagi Allah (menerangkan) jalan yang lurus, dan diantara jalan-jalan ada yang bengkok. Dan jikalau Dia menghendaki, tentulah Dia memimpin kamu semuanya (kepada jalan yang benar).”

    (QS An Nahl, 16:9)

    Insha Allah, Allah akan menemani kita sepanjang perjalanan. Ingatkah lagi doa ketika berpergian?

    “... Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kebaikan dan takwa dalam berpergian ini, kami mohon perbuatan yang meredhokanMu. Ya Allah, permudahkanlah perjalanan kami ini, dan dekatkan jaraknya bagi kami. Ya Allah, Engkaulah teman dalam berpergian dan yang mengurusi keluarga kami. Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung kepadaMu dari kelelahan dalam berpergian, pemandangan yang menyedihkan, dan perubahan yang jelek dalam harta dan keluarga.”

    (HR Muslim, 2/998)

    Betapa, Allah sangat SAYANG dan MENGASIHI kita semua.

    Bukankah kita juga selalu memohon kepada Allah agar ditunjukkan jalan yang lurus? (Insha Allah)

    Firman Allah SWT:

    “Tunjukilah kami jalan yang lurus. (Iaitu) Jalan orang-orang yang Engkau telah beri nikmat kepada mereka; bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.”

    (QS Al Fatihah, 1:6-7)

    Saya memohon keampunan daripada Allah.

    Semoga Allah mengizinkan kita untuk melalui JALAN-JALANNYA yang BENAR. Saya berdoa agar Allah membukakan HATI kita agar menyedari betapa Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang, dan sebaik-baik penolong.

    O Allah, show me the way...

    Wallahua’alam wa astaghfirullah al adzeem.

    Say ALHAMDULILLAH, Thank You Allah

    Saturday, June 4

    ALHAMDULILLAH, Thank You Allah for everything that He gave to me...


    Dear myself,
    How old are you just now?
    Are you 18? NO!
    Are you 20? NO!
    Are you 22? NO!
    Then, what do you think about your age?
    I think... JUST a WEEK
    Masha Allah, biologically so OLD
    BUT spiritually... PREMATURE

    Am I at the beginning of my life?
    Actually, I have no IDEA
    Till now, still SEARCHING and GOOGLE-ing

    Too many things to be LEARN
    Too many things to be UNDERSTAND
    Too many things to be THINK
    Too many things to be DONE
    What about your RESPONSIBILITIES? Have you DONE?
    Whereas, your time was LIMITED
    I really doesn't understand why some people HAPPY in their belated birthday's
    Every second is a count down for the DATE with ALLAH

    Knock, knock, knock...
    Hey, when you will begin to serve to Allah?
    Don't you realized the extra week that Allah gave?
    Plus the eyes, the tongue, the brain, and the LIFE
    Don't you want to say THANK YOU to ALLAH?

    Can I do TOMORROW?
    Huh? TOMORROW?
    NO! and NO! and NO! 
    Perhaps you will not wake up
    Just START now, O myself!

    Do your mum and dad be with you there? NO!
    Or do your brothers and sisters will be with you? NO!
    No more QC or Lubabah or Umar or MG or Shu Hee or Syahidah...
    You're ALONE!

    What are you going to say to Allah?
    Do you have an excuse? NO!
    Then?
    So?

    With the time become LIMITED
    It's OK if you START now
    Never late for you to CHANGE yourself
    Allah know yours
    Allah knows who you are

    O myself...
    If you LOVE ALLAH...
    If you're a MUSLIM...
    Then, ACT like as a MUSLIM
    Insha Allah, ALLAH will be with you
    May Barakah of Allah and His Love always be with you for the remaining of your LIFE

    Our journey still LONGER but the age will be SHORTER 
    (Afwan, I don't really understand and a little bit confused with the statement. So, I'll let you and me to think for it.)

    Wallahua'alam

    Ramyun min Rimayatil Islam

    Friday, June 3
    Teman-teman suka bersukan? Ya, bukankah kita mahu menjadi MUSLIM yang KUAT dan SIHAT? Jadi, sudah tentu bersukan dengan IZIN Allah akan menjadikan kita MUSLIM yang KUAT dan SIHAT.


    Bersabda Rasulullah SAW, “Adakah kamu tahu bahawa kekuatan itu ada pada memanah?”


    Saya merenungi diri sendiri, saya sebenarnya tergolong dalam golongan MANUSIA yang tidak langsung meminati apa-apa jenis sukan (Saya memohon keampunan daripada Allah, mohon teman-teman untuk mengambil ibrah daripadanya). Alhamdulillah, sahabat-sahabat saya telah berjaya mendorong untuk menemukan sukan yang HEBAT iaitu sukan memanah. Masha Allah, perasaan memanah untuk kali pertama (walaupun panahan pertama sedikit tersasar) cukup hebat kerana teringatkan sahabat Rasulullah SAW, Saad bin Abi Waqqas.

    Saad bin Abi Waqqas adalah seorang Hamba Allah yang HEBAT dan BERANI. Orang-orang selalu membandingkannya dengan singa muda. Pada Perang Uhud, bersama Zaid, Saad bin Abi Waqqas terpilih menjadi salah satu pasukan pemanah terbaik Islam. Beliau berjuang dengan gigih mempertahankan Rasulullah setelah beberapa pejuang Muslim meninggalkan posisi mereka. Tidak satupun anak panah yang dilepaskan Saad dari busur melainkan mengenai sasaran dengan jitu dan orang Musyrik yang terkena, tewas seketika. Beliau menjadi sahabat dan pejuang Islam pertama yang tertembak panah dalam upaya mempertahankan Islam.

    Ibnu Asakir telah mengeluarkan dari az Zuhri dia telah berkata: Pada suatu hari Rasulullah SAW telah mengutus Saad untuk mengetuai suatu pasukan ke suatu tempat di negeri Hijaz yang dikenal dengan nama Rabigh. Mereka telah diserang dari belakang oleh kaum Musyrikin, maka Saad mengeluarkan panah-panahnya serta memanah mereka dengan panah-panah itu. Dengan itu, maka Saad menjadi orang pertama yang memanah di dalam Islam, dan peristiwa itu pula menjadi perang yang pertama terjadi di dalam Islam. 

    Ibnu Asakir mengeluarkan dari Ibnu Syihab, dia berkata: "Pada hari pertempuran di Uhud Saad bin Abu Waqqas telah membunuh tiga orang Musyrikin dengan sebatang anak panah. Dipanahnya seorang, lalu diambilnya lagi panah itu, kemudian dipanahnya orang yang kedua dan seterusnya orang yang ketiga dengan panah yang sama. Ramai para sahabat merasa heran tentang keberanian Saad itu. Maka Saad berkata: "Rasulullah SAW yang telah memberikanku keberanian itu, sehingga aku menjadi begitu berani sekali". 

    Masha Allah, HEBAT sekali Saad bin Abi Waqqas dan beliau bertambah lagi terlihat HEBAT apabila kita meneliti keperibadian beliau. (Saya tinggalkan untuk kalian mengetahui keperibadiannya)

    Sukan memanah terbuka kepada semua orang, tidak kira samada dia seorang yang berfizikal normal ataupun kurang upaya. Fakta tambahan, pada hari ini dengan perkembangan teknologi, orang buta juga boleh menyertai sukan memanah.

    Telah dikhabarkan oleh Abdullah bin Muhammad Abu Qasim al Thaghari, katanya telah menceritakan kepada kami oleh Daud, katanya telah menceritakan kepada kami Mubarak iaitu Abdullah bin Abdul Rahman bin Yazid bin Jabir, katanya telah menceritakan Abu Muslim dari Khalid bin Yazid, katanya: “Aku adalah seorang pemanah.” Maka, Uqbah bin Amir lalu dekatku sambil berkata: “Sesungguhnya Allah Taala memasukkan tiga orang ke syurga disebabkan oleh satu anak panah, iaitu pemilik anak panah itu yang mengharapkan kebaikan daripadanya, pemanah (yang menggunakan anak panah itu) dan pembuat anak panah itu. Memanahlah kamu dan tungganglah kuda, sesungguhnya jika kamu memanah, lebih-lebih aku sukai dari kamu menunggang kuda, tidak sia-sia seseorang yang melatih kuda untuk permainan keluarganya dan melatih memanah dengan busur dan anak panahnya sendiri setelah mempelajarinya, sesungguhnya ia telah meninggalkan (semua ganjaran baik) ini atau telah mengingkarinya.”

    There are 10 basic steps to Archery:
    •  Stance and posture
    • Nock
    • Set-hock string and place bow hand
    • Set-up
    • Draw or load
    • Anchor
    • Load and transfer then hold
    • Aim and expand
    • Release
    • Follow through


    Hanya sepuluh langkah, terlihat senang bukan?

    Teman-teman, silakan untuk mencuba dulu!

    Secara biologinya, terdapat banyak manfaat daripada aktiviti memanah. Antaranya (dengan IZIN Allah),
    • Memanah boleh memberikan bentuk badan yang baik
    • Meningkatkan daya fokus
    • Peningkatan diri sendiri
    • Meningkatkan keyakinan diri


    Memanah bukanlah perkara yang mudah, ianya memerlukan latihan. Saya belajar untuk fokus, konsentrasi, dan kemahiran membuat sasaran. Sememangnya saya sukar untuk melakukan ketiga-tiga perkara ini. Ya, sebagai contoh, daripada 2 jam kuliah HANYA lebih kurang 30 minit sahaja saya boleh fokus dan memberikan tumpuan 100% (afwan katheera kepada guru-guru dan para pensyarah yang pernah mengajar saya, mohon teman-teman untuk mengambil ibrah daripadanya).

    Alhamdulillah wa tsumma alhamdulillah, saya baru saja menikmati KEHEBATAN memanah dan banyak perkara yang saya pelajari daripadanya. Saya merasa agak sedih kerana HANYA 7 anak panah yang mengena pada sasaran dan yang selebihnya tersasar, saya hampir mengalah untuk melakukannya TETAPI saya meyakinkan diri sendiri bahawa tidak ada MANUSIA yang akan terus menjadi HEBAT tanpa melakukan sebarang kesilapan pada awalnya. Ini adalah salah satu konsep kehidupan yang saya pelajari berikutan percubaan memanah pertama saya.

    Tadinya kita sudah mengetahui kelebihan memanah pada sudut fizikal dan mental, TETAPI bagaimana pula memanah boleh memberi kelebihan kepada ruhiyah kita? (Sekali lagi, saya tinggalkan kepada teman-teman untuk memikirkannya)

    Teringat lagi sedutan lirik nasyid haroki,

    “...Kami adalah anak panah terbujur, yang siap dilepaskan dari busur. Tuju sasaran, siapa pun pemanahnya...”

    Mari kita letakkan diri kita sebagai anak panah, dan seterusnya kita dilepaskan daripada busur... Kemanakah tujuan kita? Sudah tentu kita akan membidik tepat ke arah sasaran. 

    Saya bertanya kepada diri sendiri, apakah tujuan saya dibidikkan ke muka bumi?

    Firman Allah SWT:

    "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang mempunyai kekuasaan Yang tidak terhingga, lagi Yang Maha kuat kukuh kekuasaanNya."

    (QS Az Zariyat, 51: 56-58)

    "“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi"…"

    (QS Al Baqarah, 2:30)

    Maka, sebagai kesimpulan tujuan hidup kita adalah untuk beribadah kepada Allah dan juga menjadi khalifah Allah. 

    Ternyata, memanah bukan sahaja menyihatkan fizikal dan mental, tetapi ia sebenarnya mampu untuk menyihatkan ruhiyah. Lebih penting, adalah bagaimana kita mengaplikasikan tertib memanah ini di dalam kehidupan kita sehari-harian sebagai seorang MUSLIM.

    Practice make perfect! Insha Allah, I’ll try again this game later.

    Syeikh Ahmad Yassin: Surat Terakhir Untuk Dunia

    Thursday, June 2
    Ini adalah salinan dan terjemahan surat terakhir yang dibuat oleh Syeikh Ahmad untuk para pemimpin Arab yang akan mewujudkan konferensi tetapi surat ini belum sempat disampaikan kerana SYAHID terlebih dahulu menjemputnya. Pesan beliau dalam surat terakhirnya...
    Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh 

    Pernyataan bahawa kemenangan dunia Islam bergantung pada Arab adalah tanggungjawab besar yang dipikul di bahu anda semua yang telah diberi kepercayaan oleh Allah untuk melayani umat, sekarang, juga pada masa mendatang. Dan Rasulullah SAW bersabda, "Allah akan menanyakan pada orang-orang yang diberi kepercayaan amanah dan tanggungjawab apakah sudah ditunaikan kewajipan tersebut." Dengan memperkuatkan kekuatan yang anda miliki untuk menelusuri masa depan negara-negara Islam, musuh-musuh Allah telah bersatu untuk memerangi umat ini. 

    Di hadapan anda sekarang ada tentangan dan rakyat anda menanti resolusi yang akan dihasilkan anda nanti. Mereka menunggu resolusi untuk masalah utama di Timur Tengah: Palestin. Saya berharap konferensi yang akan berlangsung nanti setuju dan mendukung rakyat Palestin yang terus berjihad sehingga kemenangan yang telah ditentukan Allah. 

    Kerana itu, saya memohon untuk mempertimbangkan beberapa hal di bawah ini: 

    Pertama: Tanah Palestin adalah milik Arab. Tanah Islam secara paksa telah dirampas oleh Yahudi Zionis laknatullah dan itu hanya mampu direbut kembali dengan kekuatan. Palestin adalah tanah wakaf yang tidak boleh diserahkan sewenangnya, walaupun hanya satu inci, untuk itu kamu bersedia melakukan segalanya. 

    Kedua: Jihad di Palestin adalah hak asasi rakyat Palestin dan juga diwajibkan ke atas seluruh Muslim lelaki dan perempuan. Untuk memerangi ketidak adilan, kekejaman yang dilakukan musuh-musuh Allah. Rakyat Palestin menolak untuk dipisahkan dari orang-orang Arab dan kaum Muslimin di seluruh dunia. Kami berharap konferensi yang akan dilakukan berjaya menerangkan kedudukan yang jelas bagi perjuangan rakyat Palestin. 

    Ketiga: Rakyat kami yang sedang berjuang melawan penjajah, sepatutnya mendapat sokongan dari para pemimpin umat dunia. Rakyat kami memerlukan sokongan ekonomi, setelah Iblis Israel menghancurkan mata pencarian dan kemakmuran kami. Rakyat kami juga memerlukan sokongan ketenteraan, keamanan, kesihatan, moral, diplomatik, dan segala sokongan untuk menerajui jihad. Rakyat Palestin berharap bantuan dari konferensi ini. 

    Keempat: Kami memohon jangan lagi membina hubungan baik dengan musuh dan menutup semua kedutaan, pejabat, konsul atau perwakilan dagang Israel di manapun berada. Kami mendesak anda semua aktif memboikot dan menghentikan hubungan 'muammalah' dengan mereka. 

    Kelima: Umat ini memerlukan segala bantuan untuk mengakhiri kekejaman musuh di Palestin. Saya percaya waktunya akan datang seperti yang telah Allah janjikan, bersabarlah dan jangan berpecah-belah. 

    Keenam: Masjid al Aqsa, memohon sangat kepada kalian untuk diselamatkan dari penghancuran kejam Zionis laknatullah. 

    Ketujuh: Terakhirnya, kami juga meminta kepada kalian untuk membantu rakyat Iraq bagi mengusir penjajah Amerika dari tanahnya sendiri. Seperti yang telah dilakukan oleh rakyat Iraq, bersama menyokong kami membebaskan Palestin. 

    Para pemimpin yang terhormat, ini semua yang saya harapkan dari anda. Seperti yang telah diperintahkan oleh Rasulullah, agar kita saling menasihati. Saya mohon kepada Allah agar dipersatukan untuk membela agamaNya dan membawa umat menuju keadaan lebih baik. 

    Dari Saudaramu,

    Ahmad Yassin

    Do You Really Know Yourself?

    “Kita kena jadi diri kita sendiri.” Pernyataan ini agak sukar untuk dimengertikan lagi pula untuk diaplikasikan.


    Bagaimana untuk menjadi diri kita sendiri?

    “Kita buat apa sahaja yang kita suka asalkan ia tidak melanggar syariat Allah dan ia tidak menyusahkan orang lain.” Pernyataan memberikan idea baharu.

    “Buat SESUKA hati, TETAPI asalkan tidak melanggar syariat Allah dan tidak menyusahkan orang lain.”




    Lalu, adakah teman-teman mengetahui apa yang kalian suka buat? Adakah kalian tahu apa yang boleh kita lakukan sesuka hati? Sekiranya belum tahu, maka boleh jadi kita belum kenal diri sendiri.

    Saya sememangnya kurang gembira dan kurang bahagia kerana BELUM kenal diri sendiri. Padahal, mengenal diri sendiri adalah anak kunci kepada mengenal Allah.



    Hadith Rasulullah SAW yang mahsyur,

    “Siapa yang mengenal dirinya akan mengenal Allah.”

    Firman Allah SWT,

    “Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahwa Al Quran itu adalah benar. Tidakkah cukup bahwa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?”

    (QS Fushilaat, 41:53)

    Tidak ada hal melebihi diri sendiri. Saya sendiri keliru, bagaimana mungkin saya akan mengetahui hal-hal yang lain sekiranya saya belum arif terhadap diri sendiri.

    Adakah dengan mengenali bentuk fizikal, tubuh, muka, kaki, tangan, dan anggota badan yang lainnya menjadi tanda kenalnya kita kepada diri sendiri? ATAU

    Adakah dengan memahami perilaku dalam diri menjadi tanda kenalnya kita kepada diri sendiri?

    Jadi, sebenarnya bagaimana?

    Kita bertanya lagi kepada diri sendiri:
    • Apakah yang ada dalam diri anda itu?
    • Dari mana anda datang?
    • Kemana anda pergi?
    • Apakah tujuan anda berada di dalam dunia fana ini?
    • Apakah sebenarnya bahagia dan apakah sebenarnya derita?


    Menurut al Imam al Ghazali dalam kitabnya, al kimiyyatusy sa’adah (Kimia Kebahagiaan),

    “Langkah pertama untuk mengenal diri ialah mengenal bahawa anda itu terdiri dari bentuk yang zahir (tubuh) dan hal yang batin (hati atau ruh). Yang dimaksudkan dengan hati bukanlah daging yang terletak dalam sebelah kiri tubuh.
    Yang dimaksudkan dengan HATI itu ialah satu hal yang dapat menggunakan semua kekuatan, yang lain itu hanyalah sebagai alat dan kaki tangannya saja. Pada hakikat, HATI itu bukan termasuk dalam bidang Alam Nyata (Alam Ijsam) tetapi adalah termasuk dalam Alam Ghaib. Ia datang ke Alam Nyata ini ibarat pengembara yang melawat negeri asing untuk tujuan berniaga dan akhirnya kembali akan kembali juga ke negeri asalnya. Mengenal hal seperti inilah dan sifat-sifat itulah yang menjadi ‘Anak Kunci’ untuk mengenal Allah.”

    Kita berdoa dan akan terus berdoa kepada Allah agar selalu diberikan PETUNJUK, KEKUATAN, dan KEYAKINAN hanya kepadaNYA. Menurut saya, pencarian diri sendiri boleh jadi mengambil masa beberapa waktu, bukan sehari, juga bukan seminggu, juga bukan setahun, barangkali positif INFINITI yang hanya diketahui ALLAH akan nilainya.

    Berbalik kepada moto baharu saya, “Buat SESUKA hati, TETAPI asalkan tidak melanggar syariat Allah dan tidak menyusahkan orang lain.” Maka, terserah kepada kita untuk memilih kesukaan kita (walaupun saya belum tahu kesukaan saya).

    Do you really know yourself? (For me, not really...)

    Wallahua’alam wa astaghfirullah al adzeem.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...