• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Pengembaraan Rakan Sebaya dan Sahabat Seperjalanan

    Monday, May 23
    Bismillahirrahmannirrahim... Syafakallah kepada sahabat saya, Umar yang lagi sakit sekarang, moga Allah mengembalikan keadaanmu. Saya benar-benar memohon maaf kerana tidak berupaya untuk menjaga dan melindungimu pada hari terdahulu, moga Allah membalas segala kebaikanmu.

    Alhamdulillah, Allah sangat sayang dengan kita... Allah is the best HELPER. Kita langsung tidak berupaya untuk mengelakkan peristiwa tersebut. Saya sedar, saat itu kita terlalu hampir untuk mengucapkan selamat tinggal kepada dunia kerana jika menurut perkiraan saya, peratusan untuk kita selamat dan kembali dari perjalanan dengan sihat sepenuhnya adalah kurang daripada 5%. Allahu Akbar!

    “(Yaitu) orang-orang (yang mentaati Allah dan Rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan: "Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, karena itu takutlah kepada mereka", maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: "Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung."

    (QS Al Imran, 3:173)

    Wahai sahabat seperjalananku, Umar...

    Ini adalah hadiah terbaik daripada Allah. Ingatkah lagi saat itu kita merasai sebuah ketenangan yang teramat dan peristiwa itulah adalah rentetan sebagai motivasi untuk kita dalam mengamati keagungan Allah SWT. Allah memperlihatkan pemadangannya yang sangat indah, ditambah dengan sejuknya kabus yang diiringi oleh hujan yang lebat. Sungguh, kita pasti akan sentiasa mengingati peristiwa ini terutama saat kita mula menjauh daripada Allah.

    “Karena pertolongan Allah. Dia menolong siapa yang dikehendakiNya. Dan Dialah Maha Perkasa lagi Penyayang.”

    (QS Ar Rum, 30:5)

    Sungguh, perancangan Allah untuk kita sangat menarik... Masha Allah. Sebaik sahaja kita menamatkan babak yang sangat mendekatkan kita kepada Allah, Allah mengaturkannya lagi dengan baik. Belum sempat untuk kita berfikir, sebuah trailer berhenti... kemudian, sebuah lori... kemudian, sebuah kereta 4WD, kemudian, dan sebuah kereta proton... tetapi Allah mencukupkan dengan menambah seorang lagi yang menaiki motor. Semuanya 6 orang hamba Allah yang digerakkan hatinya untuk membuat kebaikan, Alhamdulillah. Moga kalian bertambah dekat dengan Allah.

    Sebaik sahaja misi bantuan selesai, Allah menghiasi lagi perjalanan dengan keadaanmu pula wahai sahabat seperjalananku, Umar yang ternyata sakit. Sekali lagi, Allah memberi kebaikanNya dan kasih-sayangNya kepada kita dengan menampakkan pelanginya yang indah. Sebelum mengakhiri peristiwa, Allah mengizinkan kita (saya dan rakan sebaya) masuk kerumahNya yang lagi indah untuk berjumpa dan berbual-bual denganNya. Kemudian, Allah menghantar pula saya dan rakan sebaya kembali ke Raudhatul Jannah (RJ) dengan selamat dan sihat tubuh badan dengan menaiki kenderaan KHAS untuk saya dan rakan sebaya. Subhanallah, Maha Suci Allah.

    Wahai sahabat seperjalananku, Umar...

    Saya tidak ingin menceritakan kisahmu yang selebihnya kerana ianya terlalu MENARIK lantas sukar untuk digambarkan saat engkau sedang pengsan (Insha Allah, mungkin pada masa yang lain). Tetapi, saat itu engkau bahagia kerana ditemani sahabat karib saya, QC.

    Insha Allah, sebaik saja engkau sihat kembali... kita akan berlatih untuk jadi lebih tangguh dan berani seperti hebatnya seekor kuda perang (lihat QS Al ‘Aadiyaat, 100:1-11). Perjalanan kita bukan setakat ini, kita akan terus bersama selama Allah menyukai kita untuk bersama, Insha Allah.

    Jazakumullahu Khairan Katheera kepada hamba-hamba Allah, semua rakan sebaya, teman-teman sepermainan, sahabat seperjalanan, serta semua yang digerakkan hatinya untuk membantu kita saat kita menjalani peristiwa menarik yang Allah telah siapkan untuk kita. Moga Allah memberikan hadiah yang lebih besar untuk kalian.

    Has-biy Allahu wa-ni’-mal wa-keel
    Allah adalah sebaik-baik penolong

    Saya merinduimu wahai sahabat seperjalananku, Umar...

    Alhamdulillahi ‘ala kullu hal wa astaghfirullah al adzeem.
    Wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

    Surah An Naba

    Monday, May 16

    Nama Surah: Surah An Naba (Surah Amma)
    Nombor Surah: 78
    Bilangan Ayat: 40
    Jenis Surah: Surah Makkiyyah

    Pembicaraan:
    • Hari Kebangkitan, bukti kewujudannya, dan fenomena kekuasaan Allah
    • Pendusta hari kebangkitan, situasi mereka, dan orang beriman pada hari tersebut
    • Menggambarkan kengerian dan kehebatan hari Kiamat
    • Menanam perasaan takut ke dalam jiwa manusia terhadap azab pada hari tersebut
    Keterangan Ayat:
    1. Mengenai apakah mereka saling tanya-menanya
    2. Mengenai berita yang agung
    3. Yang mereka perselisihkan mengenainya
    Orang Musyrik tertanya-tanya sesama mereka tentang hari Kebangkitan. Mereka sibuk memperkatakan dan tidak mempercayainya. Malahan mereka mempersendakan peristiwa hari kebangkitan. Lalu Allah Taala telah menyanggah mereka dengan menggunakan gaya bahasa berbentuk soalan bagi menunjukkan peri penting dan gerunnya perkara yang dipersoalkan. Ia bertujuan menyatakan bahawa ilmu tentang hari Kebangkitan tidak dapat dicapai oleh makhluk.

    Perkara apakah yang ditanya Rasulullah SAW dan orang mukmin? Adakah mereka saling bertanya mengenai berita yang agung (hari Kebangkitan)? Iaitu perkara yang mereka perselisihkan. Oleh itu, ada kalangan mereka komited bahawa peristiwa tersebut tidak akan berlaku. Mereka berkata:

    "Hidup hanyalah hidup kita di dunia. Kita mati dan kita hidup tidak akan dibangkitkan."


     (QS Al Mukminun, 23:37)

    Nota:
    *Tulisan adalah sedutan daripada kitab Tafsir al Wadhih oleh Dr Muhammad Mahmud Hijazi.

    (Bersambung...)

    Kebutuhan Saya Terhadap Makanan I

    Bercerita tentang makanan merupakan satu topik yang sangat sensitif dan memerlukan mujahadah dalam melaksanakannya (Teman-teman hanya akan memahami apabila berada di dalam kondisi saya).
    "Dan tidaklah Kami jadikan mereka tubuh-tubuh yang tiada memakan makanan, dan tidak (pula) mereka itu orang-orang yang kekal."


    (QS Al Anbiya, 21:8)

    Antara keperluan hidup manusia adalah makan. Ternyata menerusi ayat di atas, saya memahami bahawa (saya memohon keampunan daripada Allah) Allah telah memprogram kita untuk mempunyai sebuah agenda besar  iaitu makan. 

    Betapa Allah Maha Pemberi kepada manusia. Tidak kira samada seorang manusia itu beriman kepadaNya ataupun tidak, Allah tetap menyediakan makanan kepada semua makhluk ciptaannya.

    Mengapa saya mengatakan bahawa makan adalah sebuah agenda yang besar?

    "Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keridhaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih."

    (QS Al Insan, 76:9)

    Kemudian, Allah memerintahkan kita untuk melihat dan berfikir tentang makanan yang kita makan.

    "Maka hendaklah manusia itu memperhatikan makanannya."
    (QS Abasa, 80:24)

    Apa dapatan daripada pemerhatian kita terhadap makanan? Baiklah, cuba teman-teman fikirkan seketika...

    Saya akan menjawab, kita dapat mengetahui banyak sifat Allah melaluinya. Antaranya, Dialah Yang Maha Pemberi Rezeki, Yang Maha Mengetahui, Yang Maha Mendalam PengetahuanNya, Yang Maha Bijaksana, Yang Maha Mengasihani, Yang Maha Mulia, Yang Maha Memberi Petunjuk, Yang Maha Menghidupkan, dan Yang Maha Membentuk Rupa.



    Adakah saranan pemakanan di atas sudah cukup memenuhi keperluan kita? Saya masih lagi terasa lapar (sudah baca doa makan), teman-teman punya cadangan? 

    Saya akan membiarkan teman-teman untuk berfikir MENU apakah yang benar-benar seimbang untuk menjadikan kita sihat (jika diizinkan Allah)?

    Insha Allah, kita akan menyambung perbincangan pada sesi yang seterusnya.

    (Bersambung...)


    Wallahua'alam.







    Kebutuhan Saya Terhadap Makanan II

    Bagaimana dengan persoalan terdahulu berkenaan dengan menu yang sihat untuk kita? Insha Allah, sedikit-sebanyak saya akan berkongsi kepada diri sendiri serta teman-teman berkenaan dengan menu yang sihat lagi seimbang (jika diizinkan Allah).

    Anatomi seorang manusia

    Sesuai dengan fitrah Allah, manusia memiliki tiga potensi, iaitu al jasad (jasad), al aql (akal), dan ar ruh (ruhani). Islam menghendaki tiga dimensi ini berada dalam keadaan tawazun (seimbang).

    Allah telah memerintahkan untuk menegakkan neraca keseimbangan ini melalui firmanNya:

    "Dan Allah telah meninggikan langit dan Dia meletakkan neraca (keadilan). Supaya kamu jangan melampaui batas tentang neraca itu.Dan tegakkanlah timbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi neraca itu."
    (QS Ar Rahmaan, 55:7-9)

     Lalu, ketiga-tiga potensi ini mempunyai diet yang khusus untuk setiap satunya.

    (Bersambung...)

    Wallahualam.




    Pesanan Untuk Saya

    Thursday, May 12
    "Selamat berjuang buat pejuang muda srikandi syurga, tak mahu ku dengari tangisanmu dalam lemah, biar menggunung badai menghempas. Masih ingatkah lagi madah pujukan Ilahi? Yang cukup manis... 'Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman.' (3:139). Ukhtiku sayang fillah, ujian dan bebanan yang berat buat hamba yang hebat. Ujiannya mana mungkin untuk menzalimi kerana ia tarbiyah Ilahi... Walau terkadang sasar lakunya, namun Dia tetap cinta. Walau terkadang bicara melulu, namun Dia masih rindu. "Ya Allah kami harap bantuanMu mengiringi kami demi memikul amanah suci ini. Biar beribu dugaan melanda, kami pasakkan azam di dada, kami tak mahu terhalang dan mengaku tewas semudahnya." Amin..."


    (Message from My Sister)


     Message Details:
    - Sender: My Sister
    - Received: 10:36:56 am on 21 December 2010

    "Apabila Allah sentiasa menguji kita dengan tarbiyah yang tidak diduga, menyebabkan airmata menjadi biasa, jangan ditanya sudah berapa kali airmata ini gugur, jangan ditanya sudah berapa kali kita merasa berat dan bimbang, kerana rupanya ianya lumrah orang yang ditarbiyah. SAKIT, SUSAH, PAYAH. Moga kita saling menguatkan. Moga Allah redha segalanya."


     (Message from My Sister)

     Message Details:
    - Sender: My Sister
    - Received: 09:04:11 pm on 02 May 2011

    Dar al Akhawat

    Wednesday, May 11
    Ingat lagi Dar al Arqam? Ya, rumahnya Abu Abdillah al Arqam bin Abi al Arqam al Makhzumi. Rumah ini terletak di atas bukit al Safa' yang agak jauh terpencil daripada pandangan thagut Musyrikin dan dewan perhimpunan mereka. Rasulullah SAW telah menjadikan Dar al Arqam ataupun nama kemudiannya Dar al Islam sebagai markas gerakan dakwah dan pusat pertemuan dengan kaum Muslimin. Ianya beroperasi pada tahun kelima dari tarikh kebangkitan baginda SAW.

    Barangkali teman-teman ada yang tertanya apa perkaitannya Dar al Arqam dengan Dar al Akhawat?

    Dar al Akhawat di tempat lain, ada yang memanggilnya sebagai Rumah Islami atau Rumah Dakwah. Peranannya sama saja walaupun namanya sedikit berbeza.

    Dar al Akhawat tidak hanya berperanan sebagai tempat tinggal, tetapi boleh juga dikatakan sebagai tempat pertemuan (markas).

    Pengalaman tinggal bersama hamba-hamba Allah di Dar al Akhawat memberikan kesan yang optimal kepada jiwa saya. Sekiranya teman-teman pernah berpengalaman seperti saya, saya yakin teman-teman akan bersetuju dengan pernyataan, tinggal di rumah akhawat memberi kesan yang berbeza kepada iman serta kematangan diri, Insha Allah. 

    Alhamdulillah, saya sememangnya tidak pernah serumah dengan teman-teman yang bukan akhwat, tapi saya sangat bersetuju dengan pernyataan saya sendiri (saya memohon keampunan Allah). 

    Tinggal bersama adalah perkara yang membahagiakan. Tidak kiralah samada ruh, jasad, ataupun akal. Alhamdulillah, KENYANG kalau kita tinggal dengan akhawat.

    Kenapa? Akhawat suka masak =) Ada yang memasak secara langsung ada juga yang memasak secara tidak langsung. 

    Saya sertakan menu yang saya suka sepanjang tinggal di Dar al Akhawat:
    • Jasad - Makan dalam talam, riadhah kerusi roda, bersiar-siar tepi pantai, mandi air terjun, cabut rumput, gotong-royong bersihkan rumah, pindah-randah, open house, ...
    • Akal - Duduk lepak-lepak, movie night, bedah buku, jaulah bahan, ...
    • Ruh - Booster membooster bacaan al Quran dan hafazan, bacaan al ma'thurat di pagi hari, tazkirah tiba-tiba, muhasabah sekali-sekala, ...
    Hebat bukan? Tidak mengapa sekiranya teman-teman tidak bersetuju...

    Akhawat juga manusia yang punya perasaan, jadi sekiranya ada yang bertanya semuanya maniskah disana? Jawapannya sudah tentu terkadang masam, masin, pahit, dan juga tawar.

    Alhamdulillah, banyak yang saya pelajari sepanjang tinggal di Dar al Akhawat, saya belajar...
    • Ithar 
    • Husnu-dzon 
    • Hal-hal berkaitan kemanusiaan (bagaimana menjadi manusia)
    • Perihal keakhawatan
    • ...
    Tinggal di Dar al Akhawat juga membuatkan saya mencipta beberapa rekod peribadi (berperasaan seperti dapat Guinness World Record). Contohnya:
    • Tukar lampu yang terbakar
    • Baiki paip rosak
    • Tukar tombol pintu
    • Berpengalaman jadi plumber
    • ...
    Baiklah, sampai disini dahulu ya teman-teman...

    Dalam perkataan lainnya, tinggal bersama akhawat sememangnya memberikan kesan yang optimal kepada diri saya.

    JZKK kepada semua akhawat kerana terus sabar dalam menangani kewujudan saya dalam kalangan antunna. Afwan katheera 'ala kullu hal. Moga Allah merahmati antunna dan menjadikan rumah kita seperti rumahnya al Arqam bin Abi al Arqam al Makhzumi, Dar al Islam. Kita berdoa kepada Allah agar Dar al Akhawat akan menjadi dan terus menjadi markas PEMUDA ISLAM, Insha Allah.

    Wallahua'alam.

    Flying Kite


    "Love of Allah is like a high-flying kite. When the connection is strong, we are free to rise to any height. The strong connection is what we call Eeman... Allah created us with His love and guidance. Sometimes, He takes us into the savage ocean... Not to drown us, but to cleanse us. May Allah bless all of us."

    (Lovely message from my Sister)

    Message details:
    - Sender: My Sister
    - Received: 06:29:45 am on March 8, 2011

    All praise due to Allah, lord of the universe and may peace and blessings be upon Muhammad SAW, His beloved messenger.

    Erm, I don't want to write just now... But, Insha Allah, I have prepared meal for you. Hopefully, you will be like it. 


    The Importance of Love For Allah' by Mr. Faqir Zulfiqar Ahmad Naqshbandi

    All praise is due to Allah, who deemed man worthy to be the foremost of His creation. Allah states:

    لقد خلقنا الإنسان في أحسن تقويم

    We indeed created humanity in the best of forms. (95:4)

    Allah, the Lord of the universe, plants the seed of His love in the heart of every human at the time of their birth. This is why every person is born in the original state [fitrah] of Islam. A hadith states:

    آل مولود يولد على فطرة الإسلام

    Every baby is born on the fitrah of Islam.

    It is this fitrah, rather than rational arguments, that compels every person to believe in the existence of Allah and to worship Him alone.

    Life is given in order to worship, life without worship is shameful.

    If the inherent love for Allah was removed from humanity, nothing but bestiality would remain. Truly, nothing of worth exists in the temporary life of this world other than love for Allah.

    Only when love for Allah flourishes in the heart and captivates the eyes does life itself become wondrous. 

    The way of love is unlike all other ways, the creed of lovers is distinct from all other creeds.

    Honor and disgrace in life are dependent upon love for Allah. Allah honors His servants with the verse:

    و لقد آرمنا بني آدم

    We have indeed honored mankind (17:70)

    and Allah adorns man with the verse:

    و فضلناهم على آثير

    And We have preferred them over many others. (17:70)

    Allah bestows honor and respect upon humanity due to its love for Him. 

    He who is the lover of the beauty of Allah, is the leader of all of creation.

    The crux of the beginning and end of life, its origin and destination, is love for Allah.


    Love is the beginning; love is the end; love is everything,
    Love is the branch; love is the tree; love is the flower.

    Instead of sustaining and nourishing, infertile land causes a seed to erode and wither away. Similarly, rather than fostering love for Allah, an environment saturated in sin engulfs and stifles the heart in heedlessness and neglect. In a nurturing environment, the seed of Allah’s love flourishes and blooms giving off a beautiful fragrance. In every virtuous environment, you will find that the awareness of Allah is the focus of people’s lives.

    One knows not the color and scent of this pleasant flower,
    That attracts every bird in the garden toward it.

    So what if the enamored one is insane in the love of Allah?
    Look and you shall find the whole world His admirer.

    Truly, the degree to which Allah has been sought; the zeal with which He has been loved; the extent to which He has been remembered; the yearning with which He has been invoked; the amount that He has been worshiped; and the fervor with which He has been admired and adored stands far above all else. No other entity in the universe bears comparison. All of creation loves Allah.

    Wallahua'alam




    I LOVE MUSIC

    Monday, May 9
    I love music... Biar betul? Yup, saya suka muzik, teman-teman bagaimana? Saya yakin teman-teman juga menggemari muzik.

    Buat para murobbi dan murobbiyah, jangan marah duluan. Insha Allah, saya hanya mahu memupuk diri saya sendiri berserta teman-teman untuk mencintai muzik (saya memohon keampunan daripada Allah). Tidaklah saya bermaksud membawa idea untuk mensibghahkan (mencelup) teman-teman kepada perkara jahiliyah yang sudah pun kita ucapkan “Sayonara” untuknya. Insha Allah, muzik sebenarnya mampu untuk melembutkan hati.

    Hmm... Bagaimana mungkin muzik boleh melembutkan hati? Padahal, ia termasuk dalam kategori perkara lagho. Perkara ini masih lagi menjadi khilaf dalam kalangan ulama dan fuqaha. Para ulama dan fuqaha telah berijtihad dalam menentukan hukumnya dan mereka terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan yang mengharuskan dan golongan yang mengharamkan.

    Saya langsung tidak berkelayakan untuk membincangkan soal hukum muzik itu sendiri. Saya bukan ustazah, bukan sesiapa dan saya adalah seseorang yang baru saja memahami dan mempelajari tentang manusia.

    Teman-teman jangan pening duluan ya... Saya sama sekali tidak bermaksud untuk membuatkan keliruan.

    Perkataan muzik itu sendiri sebenarnya membawa maksud apa? Berapa banyakkah jenis muzik yang Allah ilhamkan kepada manusia? Saya serahkan tugas ini kepada kalian untuk mendapatkan jawapannya.

    Mari kita bermuhasabah dahulu, muzik yang bagaimana sebenarnya kita sukai?

    Sejujurnya, saya memang tidak boleh mendengar muzik yang sembarangan, kepala jadi pusing... tapi, saya memang menyukai muzik. Insha Allah.

    Sekarang, silakan mendengar lagu pertama yang kita nyanyikan...





    Bagaimana? Suka?

    Sekali lagi, silakan pula mendengar nyayian pertama untuk kita, setibanya kita di dunia manusia...


    Apa teman-teman masih ingat? Subhanallah, very beautiful.

    Kita mulakan sekali lagi, sebelum itu, saya mencadangkan kepada teman-teman agar melakukan perkara yang berikut semasa mendengarkan setiap musik yang saya sertakan.
    • Duduk dengan selesa sambil memejamkan mata
    • Bernafas dengan perlahan-lahan selama satu hingga dua minit
    • Bersihkan fikiran daripada perkara yang kacau
    •  Imaginasikan bunyi yang didengari



    Well Done, Masha Allah! Apa yang anda rasakan? Teman-teman baru saja selesai latihan kecerdasan muzikal dan melembutkan hati. Sekiranya teman-teman merasa biasa-biasa sahaja, itu tandanya anda masih memerlukan latihan. Teruskan mencuba.

    Berbicara mengenai kecerdasan muzikal, Islam memberikan perhatian terhadap perkara ini. Rasulullah SAW memerintahkan anak yang baru lahir agar diperdengarkan azan untuknya. Tidak hanya azan, iqamat juga turut diperdengarkan. Jadi, nyata sekali kita bermula dengan muzik.

    Rasulullah SAW dan para sahabat telah mempraktikkan muzik sebagai pelembut hati. Baginda SAW mengajarkan agar melantunkan ayat-ayat Allah dengan suara yang indah sehingga pendengarnya leka. Tidak terkecuali, al Imam al Ghazali dan Jalaludin Rumi juga menyukai muzik bagi mendekatkan diri dengan Allah.

    Teman saya, SHU-Hee mendifinasikan muzik sebagai suatu gelombang bunyi yang harmoni (beliau memohon keampunan daripada Allah). Harmoni yang dimaksudkan adalah sesuatu yang bersesuaian dan selesa untuk hati menjadi lembut dan qorib dengan Allah. Jadi, sebelum membuat keputusan untuk mendengar muzik, pilihlah muzik yang harmoni yang boleh menghidupkan hati.

    SHU-Hee juga turut mendifinasikan muzik ada dalam diri kita dan selama kita hidup kita akan terus bergelumang dengannya.

    Aaron Copland, komposer Amerika menunjukkan ada tiga peringkat mendengar muzik:
    •  Tingkatan Perasaan: Mendengar muzik hanya buat menikmati bunyi yang diciptakan
    • Tingkatan Ungkapan: Memperhatikan suasana hati dan makna gubahan lagu. Mendengar buat mencari pesan utama komposer
    •  Tingkatan Muzikal: Memperhatikan pelbagai unsur sturuktur muzik, melodi, harmoni, irama, dan nada


    Suka saya untuk bertanya kepada diri dan teman-teman, pernahkah kita mengaplikasi dan berpengalaman terhadap pemeringkatan mendengar muzik yang dinyatakan sebelum ini?

    Jawapan kepada persoalan, kita selalu melakukannya, Insha Allah. Saya merasa sangat bahagia saat melakukannya dan saya pasti anda juga merasainya.

    Bila? Saat kita mendengar dan membaca al Quran. Semasa mendengar bacaan al Quran, kita berada pada tingkat perasaan. Tanpa faham maksudnya, kita tetap dapat menikmati bacaan al Quran tersebut. Membaca al Quran meletakkan kita pada tingkatan ungkapan. Kita berinteraksi dengan Allah dan inilah yang menjadikan hati kita lembut. Tingkatan muzikal berlaku apabila kita memperhatikan tajweed dan tarannum untuk melafazkan setiap patah perkataan di dalam al Quran. Allahu Akbar, Allah Maha Besar.

    “Allah tidak pernah mengizinkan apa-apa seperti mengizinkan nabi memiliki suara indah bagi melagukan al Quran dan menguatkan bacaannya.”

    (HR Bukhari dan Muslim)

    “Bacalah al Quran dengan perlahan-lahan (dengan tartil).”

    (QS Al Muzammil, 73:4)

    Menjelaskan lagi betapa bergelumangnya kita dengan muzik, kita mendengar laungan azan 5 kali setiap hari.

    “Apabila dikumandangkan azan memanggil solat, maka syaitan lari terbirit-birit supaya tidak mendengar azan. Selepas azan selesai, syaitan datang semula. Apabila iqamat dikumandangkan, syaitan melarikan diri lagi. Sesudah iqamat selesai, syaitan datang semula. Lalu dia berbisik menggoda orang yang sedang solat, ‘Ingatlah ini, ingatlah itu’. Syaitan mengingatkan hal-hal yang sebelumnya tidak diingati orang itu, sehingga dia tidak tahu sudah berapa rakaat dia solat.”

    (HR Bukhari dan Muslim)

    Bagaimana pula pernyataan bahawa muzik itu berada dalam diri kita? Saya boleh mengkategorikannya (saya memohon keampunan Allah) kepada dua:
    • Muzik bukan daripada mulut. Contohnya seperti degupan jantung; popping sound  samada daripada kaki, tangan, tengkuk dan yang lainnya; fenomena grinding teeth; bunyi pergerakan usus; pass wind; dan lain-lain
    • Muzik daripada mulut. Muzik daripada mulut memiliki kepelbagaian nada, ianya boleh hadir dalam frekuensi yang tinggi dan juga rendah. Sebagai peringatan, kawallah nada suara anda kerana Allah tidak menyukai orang yang bersuara keras.
    “Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara adalah suara keledai.”

    (QS Luqman, 31:19)

    Muzik alam semulajadi, muzik dalam diri, dan muzik daripada bacaan al Quran merupakan cadangan muzik yang harmoni yang bersesuaian dengan jiwa kita. Mendengar muzik bukanlah sekadar untuk berhibur, malah ianya lebih daripada itu. Berfikir dan mengaplikasi adalah rentetan daripada aktiviti mendengar. Insha Allah, muzik-muzik ini akan membantu kita lebih qorib dengan Allah seterusnya melembutkan hati agar ia terus hidup.

    Mari kita cuba sekali lagi pelatihan untuk meningkatkan kecerdasan muzikal dan melembutkan hati. Teman-teman, silakan mencuba ya...



    Wallahua’alam.


    Gait Muhasabah

    Walking is the most convenient way to travel short distances. Free joint mobility and appropriate muscle force increases walking efficiency. As the body moves forward, one limb typically provides support while the other limb is advanced in preparation for its role as the support limb. The gait cycle (GC) in its simplest form is comprised of stance and swing phases. The stance phase further is subdivided into 3 segments, including (1) initial double stance, (2) single limb stance, and (3) terminal double limb stance.
    Each double stance period accounts for 10% of the GC, while single stance typically represents 40% (60% total). The 2 limbs typically do not share the load equally during double stance periods. The swing phase for this same limb is the remaining 40% of the GC. Ipsilateral swing temporally corresponds to single stance by the contralateral limb. Slight variations occur in the percentage of stance and swing related to gait velocity. Duration of each aspect of stance decreases as walking velocity increases. The transition from walking to running is marked by elimination of double support period(s).
    A stride is the equivalent of a GC. The duration of a stride is the interval between sequential initial floor contacts by the same limb. A step is recognized as the interval between sequential floor contacts by ipsilateral and contralateral limbs. Two steps make up each GC, which is roughly symmetric in normal individuals.
    Berjalan juga antara perkara baru yang saya pelajari walaupun sudah bertahun-tahun saya mengamalkan kaedah berjalan sebagai cara untuk sampai ke suatu tempat pada jarak yang pendek. Dengan izin Allah, saya telah memperhatikan (tanpa sengaja) manusia normal berjalan dengan baik dan teratur. Dapatan daripada pemerhatian, membolehkan saya membuat kesimpulan bahawa Allah menciptakan sturuktur tubuh yang sesuai untuk berjalan. Tangan dan kaki berkerjasama untuk mewujudkan keseimbangan semasa berjalan. Subhanallah.



    Setelah melihat video di atas serta pemerhatian sebelumnya, Insha Allah, saat ini saya sedang berusaha untuk memperbaiki cara berjalan. Kelihatannya berjalan itu mudah tetapi setelah mengalaminya, ia merupakan satu perkara yang sangat kompleks, Masha Allah.

    Kenapa perlu belajar lagi cara berjalan?

    Berjalan dengan goyah, lucu dan terlihat seperti penguin bukanlah cara berjalan yang betul bagi seorang manusia normal.

    Firman Allah SWT:

    "Dan sederhanalah kamu dalam berjalan (jangan terlampau cepat dan jangan terlampau lambat) dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai."

    (QS Luqman, 31:19)



    Afwan, saya akan membiarkan teman-teman dengan persoalan apakah cara berjalan yang salah boleh menjejaskan kesihatan tubuh badan mahupun kesihatan mental? Sememangnya, apabila saya bertanya, saya sebenarnya belum mengetahui tentangnya.

    Rehat sebentar untuk Gait Muhasabah. Semaklah perkara-perkara berikut:
    • Langkah kaki yang mantap
    • Postur tubuh ketika melangkah, tegap dan kuat seperti orang yang berjalan menuruni bukit (tegak)
    • Mengangkat kaki ketika berjalan
    • Cara berjalan yang santun dan tidak sombong
    • Cara berjalan melambangkan langkah orang yang memiliki tekad tinggi, visioner, dan gagah berani
    Apakah teman-teman ada semuanya ciri di atas? Nah, ini adalah caranya Rasulullah SAW berjalan.


    "Tiada satupun kulihat lebih indah daripada Rasulullah SAW, seolah-olah mentari beredar di wajahnya. Juga tiada seorangpun yang kulihat lebih cepat jalannya daripada Rasulullah SAW, seolah-olah bumi ini dilipat-lipat untuknya. Sungguh, kami harus bersusah payah melakukan hal itu, sedangkan Rasulullah SAW tidak memperdulikan."

    (Diriwayatkan oleh Qutaibah bin Said, dari Ibnu Luhaifah, dari Abi Yunus, 
    yang bersumber dari Abu Hurairah ra)

    “Bila Nabi SAW berjalan, maka ia berjalan dengan merunduk seakan-akan jalanan menurun.”

    (Diriwayatkan oleh Shufyan bin Waki, dari ayahnya, dari al Masudi, dari Uthman bin Muslim bin Hurmuz, dari Nafi bin Jubair bin Muthim, yang bersumber dari Ali bin Abi Thalib)

    Saya memohon keampunan kepada Allah. Setelah memperhatikan cara berjalan Rasulullah SAW, saya berdoa kepada Allah agar mengizinkan saya untuk memperbetulkan cara saya berjalan di atas muka bumiNya. 

    Ya Allah, jadikanlah kaki ini untuk terus boleh melangkah seperti langkah kaki Rasulullah SAW.
    Ya Allah, jadikanlah setiap langkah kakiku adalah untuk menuju redhaMu
    Ya Allah, hindarkanlah kaki ini berjalan untuk berbuat kemungkaran
    Ya Allah, jauhilah kaki ini daripada berjalan dengan sombong di atas muka bumiMu

    Maha Suci Allah yang menciptakan diri ini, saya bersyukur di atas nikmat kaki yang Engkau berikan. Sungguh PengetahuanMu terhadap segala sesuatu adalah Maha Luas. 



    Alhamdulillahi 'ala kullu hal wa astaghfirullah al adzeem


    Rubik's Cube

    Sunday, May 8
     

    Teman-teman pernah main Cube Puzzle? Ya, tak kisahlah mana-mana samada Pocket Cube (2X2X2), Rubik's Cube (3X3X3), Rubik's Revenge (4X4X4), V-Cube 6 (6X6X6), V-Cube 7 (7X7X7) atau pun Combination Puzzles.

    Berkongsi perasaan sendiri terhadap Cube Puzzle, sejujurnya saya berasa tidak gembira apabila tidak berjaya menyelesaikan permasalahan tersebut (cuma permainan) dan kelihatannya gerakan-gerakan yang dibuat untuk seterusnya agak mustahil untuk mengembalikan keadaan asal kiub tersebut. Walaubagaimanapun, apabila kita mengetahui sedikit sebanyak tentang alogaritmanya, ianya mudah untuk diselesaikan.

    Teman-teman boleh melayari menerusi link-link berikut untuk maklumat lanjut berkenaan dengan penyelesaian mudah Rubik's Cube:
    Sekarang cuba pula teman-teman lihat video ini (adakalanya kita sedikit malas untuk membaca jadi sebagai alternatif kita melihat dan mendengar):




    Bagaimana? Teman-teman sudah boleh menyelesaikan Rubik's Cube sekarang? Tidak mengapa sekiranya belum berhasil, inikan cuma mainan.

    Sekiranya hidup kita hanya untuk bermain, silakan membaca ayat berikut:

    "Kehidupan itu tidak lain hanyalah kehidupan kita di dunia ini, kita mati dan kita hidup, dan sekali-kali tidak akan dibangkitkan lagi."

    (QS Al Mukminun, 23:37)

    Peringatan untuk diri-sendiri, tujuan kita hidup di atas muka bumi Allah ini hanya dua. 

    Pertama: Mengabdikan diri kepada Allah

    "Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepadaKu. (56) Aku tidak menghendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberiKu makan. (57) Sesungguhnya Allah Dialah Maha Pemberi rezki Yang mempunyai Kekuatan lagi Sangat Kokoh. (58)"

    (QS Adz Dzaariyaat, 51:56-58)

    Kedua: Khalifah Allah

    "Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.""

    (QS Al Baqarah, 2:30)

    Maka, masa yang kita ada sebenarnya tidaklah cukup untuk banyak bermain-main kerana dua perkara utama yang telah Allah aturkan dalam hidup kita ini sudah cukup untuk menyibukkan kita daripada perkara-perkara yang lainnya.

    Hurm... Apa kaitannya Rubik's Cube dengan hidup manusia?

    Kehidupan lebih terasa nikmatnya apabila Allah memberikan MASALAH kepada hamba-hambanya (saya memohon keampunan daripada Allah). MASALAH membawa makna Allah menyanyangi kita. Kenapa? 


    "Sesungguhnya besarnya pahala itu mengikut besarnya ujian. Jika kamu redha, Allah pasti redha dan jika kamu benci, Allah pasti benci."


    (HR At Tirmidzi)

    Menurut saya MASALAH adalah (saya memohon keampunan daripada Allah):
    • Kasih-sayang Allah
    • Tanda Allah mahu kita qorib kepadaNya 
    • Tarbiyah daripada Allah
    • Latihan intensif eksklusif untuk menjadikan kita lebih tangguh dalam menghadapi permasalahan yang lebih besar  
    Allah memberikan kita masalah untuk diselesaikan dan sebenarnya tiadalah kudrat kita melainkan Allah jugalah yang menyelesaikannya untuk kita. Masha Allah, sungguh Allah Maha Tahu atas segala sesuatu.

    Jika kita mengkronologikan masalah sebagai Rubik's Cube, kadang-kadang kita akan terasa mustahil untuk menyelesaikannya. Adakalanya ianya akan mengambil masa yang lama. Berkongsi fakta, Erno Rubik (Inventor of Rubik's Cube) mengambil masa sebulan untuk menyelesaikan kiub tersebut dan beranggapan mustahil untuk menyelesaikannya.

    Ibrah daripada cerita, Allah adalah Penyelesai Masalah yang terbaik, Allah Maha Mengetahui. Masalah manusia lebih rumit jika dibandingkan dengan masalah Rubik's Cube tetapi Allah Maha Bijaksana.

    Apapun masalah yang Allah berikan kepada kita, kita harus memandang dan menerimanya dengan penuh positif. MASALAH apabila dipandang dengan positif, Insha Allah kita akan bertambah qorib dengan Allah tetapi apabila ia dipandang dengan negatif, boleh jadi ia akan menjarakkan kita daripada Allah (na'uzubillahi min dzalik).

    Jom, kita teruskan lagi:

    Allah tahu apa yang terbaik untuk kita
    Jadi, kenapa harus kita pertikaikan?
    Kita selalu mahu sinaran matahari, tapi Allah tahu hujan lebih baik
    Kita selalu suka untuk ketawa, tapi hati kita akan menjauhi Allah sekiranya saya tidak pernah menitiskan airmata

    Allah menguji kita dengan kesusahan dan kesedihan
    Allah menguji bukan untuk menghukum kita, tapi membantu kita pada hari pertemuan nanti

    Allah selalu menguji kita
    Dan untuk setiap kesakitan, Allah memberikan ganjaran yang tidak terhingga apabila ia disertai dengan kesabaran
    Jadi, apa pun perasaan kita
    Apabila terasa semuanya serba salah
    Itu adalah jalan Allah serta tarbiyah daripadaNya
    Untuk membuat kita lebih tangguh dan solid dikemudiannya
    Insha Allah

    Saya menyeru diri-sendiri dan mengingatkan diri-sendiri:

    "Kami tiada membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya, dan pada sisi Kami ada suatu kitab yang membicarakan kebenaran, dan mereka tidak dianiaya."

    (QS Al Mukminun, 23:62)

    Has-bi yal-laa-hu wa ni'-mal wa-keel
    Allah is sufficient for me and He is the Best Helper

    Wallahua'alam wa astagfirullah al adzeem











    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...