• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Rencana Pengeboman Berani Mati

    Friday, September 9
    Rentetan post yang lalu (Link: Saya! SILALAH Bertanggungjawab), menembak diri-sendiri dan CEDERA. Kali ini cuba untuk menggunakan BOM NUKLEAR dan akan mengujinya di tapak ujian bahan letupan berdekatan.

    Telah berlalu tahun-tahun secara berterusan dan girang,
    Tahun-tahun yang singkat itu bagaikan beberapa hari.

    Kemudian tiba pula hari-hari untuk kita meninggalkannya,
    Hari-hari yang panjang itu bagaikan bertahun-tahun.

    Kemudian berlalu pergi pula tahun-tahun itu dan ahlinya,
    Ia bagaikan mimpi sahaja.

    Kelihatannya seperti akan menamatkan umur dengan tragedi seperti tragedi 9/11. Cadangannya memang untuk menjadi pengebom berani mati tapi Insha Allah, ia sama sekali tidak akan melibatkan jiwa-jiwa manusia yang lainnya. Hanya diri-sendiri.


    Seperti inilah kesan pengeboman yang telah saya rencanakan

    Ini bukan rancangan yang MUNASABAH atau MATANG atau apa saja agenda yang mempamerkan kedewasaan.

    Cukuplah KEMUSNAHAN dan HURU-HARA yang telah dilakukan. Tiba masanya untuk menggunakan sisa-sisa umur yang masih ada untuk kebaikan (moga Allah mahu untuk menerima kebaikan tersebut).

    “Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya.”

    (QS Al A’raf, 7:56)

    Cuma ada sedikit masa lagi dan tidaklah dapat dipastikan lama masa yang tertinggal.

    Bekalkanlah dirimu dengan ketakwaan,
    Engkau tidak mengetahui apabila larut malam adakah engkau akan terus hidup sehingga waktu fajar.

    Berapa ramaikah dari orang yang sihat mati tanpa ditimpa kesakitan?
    Berapa ramaikah orang yang sakit hidup dalam waktu yang panjang?

    Berapa ramaikah daripada orang yang muda diwaktu petang dan paginya berada dalam keadaan aman?
    Sedangkan kain kafannya telah pun ditenun dan ia tidak pula mengetahui.

    Saya akan mengebom semuanya. Tidak ada lagi KEMUSNAHAN atau HURU-HARA atau KEJAHATAN BERGANDA.

    Termotivasi daripada Sheikh Abdullah Yusuf Azzam:

    “Aku disini, di bawah deru enjin pesawat tempur, diantara kereta kebal dan peluru yang terus menerus bersambung. Siang dan malam, dengan perut yang kelaparan. Tetapi aku sedang berada di puncak kebahagiaan dan jiwaku penuh kedamaian. Kerana aku sedang melakukan suatu perbuatan yang sangat dicintai Tuhan Pencipta sekalian alam. Dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang dikerjakan hambanya. Jihad adalah satu-satu cara manusia menyenangkan hati Allah, penciptanya. Dan hanya jihad yang mampu mengembalikan kemuliaan Islam seperti semula.”

    Hmm... Sedar bahawa diri ini langsung jauh daripada kehebatan Abdullah Yusuf Azzam atau pahlawan-pahlawan Islam yang lainnya. Mendaftar menjadi sukarelawan ke Somalia saja belum... Apatah lagi mahu mendaftar sebagai perajurit yang berjuang bersama saudara-saudara kita di Iraq, Palestin, Chechnya, Bosnia, ...

    Malu dengan diri-sendiri. Tapi, semoga rencana ini merupakan titik-tolak bermulanya perjalanan menuju SYAHID.

    Mak (jamak) mem-bulat saya juga selalu memberikan sinarannya.

    “Sejak bila 5Y4#33D pernah jadi penakut?”

    “Kalau ingat 5Y4#33D, mesti teringat SUPER ULTRAMAN mak (sebenarnya mak-membulat membahaskan dirinya dengan nama lain). You are the most perfect SUPER ULTRAMAN I have seen.”

    Kata-kata yang saya tidak pernah lupakan. Saya sangat menyanyangi mak (jamak) mem-bulat saya. Beliau sangatlah cemerlang dalam aktiviti menaikkan semangat PEJUANG terhadap saya (JZKK kepada beliau, moga Allah memberi kebaikan berganda kepada beliau).

    Bukan maksud saya untuk memberitahu kepada DUNIA bahawa saya HEBAT tetapi, saya mahu memberitahu DUNIA bahawa mak (jamak) mem-bulat saya memang HEBAT!

    Sekarang, saya bertekad untuk meneruskan rencana pengeboman berani mati di beberapa wilayah di sini. Insha Allah, cuma beberapa hari lagi. Moga saya dan anda boleh menghabiskan umur dengan kebaikan.

    SERIUS untuk melakukannya kerana mencari husnul-khatimah...
    Moga Allah mengizinkan! (Menangis dengan airmata double)

    Rabbi-ghfirlii wa-li-akhii wa ad-khilnaa fi rahmatik wa anta ar-hamurrahimiin

    Wahai Tuhanku, ampunkanlah bagiku dan bagi saudaraku, dan masukkanlah kami ke dalam rahmat-Mu kerana Engkau saja yang Maha Mengasihani dari segala yang lain mengasihani.

    Wallahua'alam wa nastaghfirullah al adzeem

    2 comments:

    1. puding karamel said...:

      Susah betul nak baca apa dalam fikiran awk.
      Belum lengkap sesi rooftop rants kita kali...

      Selamat menempuh alam baru sebagai student.
      Bukankah itu juga sebuah jihad?^^

      Bom wilayah yang perlu saja ya...jangan bom semua.
      Nanti hilang SUPER ULTRAMEN, technician, imam, muhasabah MC on the spot, baby dll kitorang
      hohoho

      p/s-mak membulat memang best.yay!

    1. The Mind of Super Muslim said...:

      Kita sangat berharap kita boleh melengkapkan sesi rooftop rants kita dalam masa terdekat...

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...