• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Game

    Saturday, December 25
    Anda Gemar Bermain Game?



    “Wah... Game! Kalau murobbi atau murobbiyah tahu, HABIS!”

    Eiii... Takut murobbi atau murobbiyah ya? Apa antum wa antunna tidak takutkan Allah? Ana merujuk kepada diri ana sendiri. Ini juga sebuah nasihat yang khusus untuk diri sendiri.


    Perkongsian:
    Ana ingin berkongsi sesuatu tentang game. Ana pasti semua orang pernah bermain ataupun termain game. Tapi, kalau antum wa antunna tidak pernah bermain atau termain game sama sekali seumur hidup, alhamdulillah... Allah memeliharakan pemikiran kalian daripada ‘Ghazwah al Fikr’.

    Tidak terhitung banyaknya permainan game pada hari ini. Kategori game seperti ‘Action Games’, ‘War Games’, ‘Sports Games’, ‘Time Management Games’, ‘Fashion Games’, ‘Strategy Games’, dan sebagainya telah berjaya menakluki pemikiran manusia. Pemain-pemain game pada hari ini tidak mengira peringkat umur, baik kanak-kanak mahupun orang dewasa, tanpa disedari ketagihan kepada game.

    Sangat mengejutkan apabila ana terdengar berita tentang seorang ibu mencekik anaknya disebabkan anaknya menganggu semasa si ibu sedang bermain video game. Astaghfirullah al ‘adzeem...

    Ada juga yang sanggup berjaga malam semata-mata untuk menamatkan permainan tersebut dengan lebih cepat. Lainnya lagi, sanggup tidak makan dan minum, tidak melakukan pekerjaan lain, dan membelanjakan wang ringgit semata-mata untuk mendapatkan kalimat kemenangan seperti, “You Win!” atau “Congratulations! You have finished the game.”.

    Kalau antum wa antunna perasan, para pemain game sebenarnya mempunyai sikap yang baik dan perlu dicontohi. Kenapa ana katakan seperti itu? Ya, selalunya orang akan sentiasa berusaha untuk menang, tidak berputus asa, sanggup berkorban jiwa, tenaga, dan harta, tidak pernah bosan, dan bijak mengatur strategi. Bagaimana ini berlaku? Bukankah lebih baik sikap-sikap ini diaplikasikan dalam kehidupan realiti kita iaitu permainan yang lebih menarik?

    Menjawab persoalan bagaimana para pemain game mempunyai sikap-sikap tersebut adalah kerana mereka mempunyai matlamat yang perlu dicapai, mereka yakin bahawa apa yang mereka lakukan akan membawa mereka kepada kemenangan. Sikap-sikap ini sebenarnya fitrah manusia. Mana mungkin suatu game itu tidak punya ‘ending’. Kepercayaan dan keyakinan terhadap ‘ending’ game tersebut boleh membawa mereka kepada suatu usaha yang luar biasa semata-mata untuk mencapai matlamatnya.

    Kehidupan realiti pada hari ini memperlihatkan banyak diantara kita tidak punya matlamat hidup. Hal ini dengan mudah menjelaskan keadaan kita yang terkadang kita merasa berputus asa, terkadang pula kita tidak bersungguh dalam beribadah kepada Allah, dan tidak takut kepada kemurkaan Allah.

    Antum wa antunna percaya kalau ana katakan kita juga seorang pemain? Kebanyakkan kita tidak menyedari bahawa kita juga sedang bermain dalam permainan yang lebih serius dan realistik. Inilah masalah kita pada hari ini.

    “Ketahuilah bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sesuatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megahan antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak seperti hujan, yang tanam-tanamannya mengagumkan petani kemudian tanam-tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat nanti ada adzab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaanNya. Dan kehidupan ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.” 


    (QS Al Hadid, 57:20)


    Jika kita sedar bahawa kita seorang pemain, kita pasti mempunyai matlamat yang perlu dicapai. Apa matlamat kita sebenarnya? Mencari mardhotillah adalah matlamat kita! Jika kita yakin bahawa kehidupan kita akan berakhir, kita akan berusaha bermain sehingga mencapai, "You Win!" atau "Congratulations! You have finished the game.". Keadaan kita yang tidak yakin akan janji Allah, menyebabkan kita  tidak berusaha sehabis mungkin dan mengatur strategi untuknya. Padahal, Allah telah menyediakan banyak kemudahan untuk kita. Ana pasti tidak siapa pun yang mahu ‘Game Over’ sebelum mencapai kemenangan. Begitulah seharusnya kita.

    Ana sertakan beberapa simptom yang biasa berlaku kepada mereka yang ketagihan bermain game:
    • Pemain akan lebih prihatin terhadap perkembangan dan lebih berinteraksi dengan game berbanding dengan interaksi dengan dunia realiti
    •  Bermain game berjam-jam dalam sehari
    • Tidak menjaga kebersihan diri seperti malas mandi
    •  Penambahan dan pengurangan berat badan
    • Waktu tidur yang tidak teratur
    • Bermasalah di tempat kerja ataupun sekolah
    • Bermasalah dalam hubungan terhadap keluarga dan rakan-rakan

    Ana menyeru kepada diri-sendiri... Jangan jadikan kesempatan yang kita ada ini dengan sia-sia. Seperti bermain game, jika tidak mengatur strategi dengan baik, maka mudahlah kita untuk kalah dalam masa yang singkat. Bila-bila masa sahaja Allah boleh menarik kembali nikmat kehidupan yang kita ada saat ini. Kita tidak mahu menjadi orang yang ‘Game Over’. Kita tidak mahu menjadi hamba kepada game atau hamba kepada dunia. Tetapi kita mahu menjadi hamba Allah yang sebenar-benarnya.

    Hamba memohon keampunan kepada Allah atas segala dosa yang telah hamba-Mu ini lakukan. Ampunkanlah kami Ya Allah. Jauhilah kami daripada perbuatan yang tidak mendatangkan manfaat Ya Allah. Allahumma ameen...


    Waallahua’alam.

    Tahun Baharu

    Thursday, December 23
    Yuk! Kita Koreksi Diri...

    Alhamdulillah... wa tsumma alhamdulillah... wa tsumma alhamdulillah...
    Kita bukan siapa-siapa
    Kita hanya hamba Allah yang yang serba tidak berdaya
    Kita bisa berfikir, atas kehendak Allah
    Kita bisa berjalan, atas kehendak Allah
    Dalam erti kata lain, apa saja yang kita lakukan...
    Semuanya atas kehendak Allah ia terjadi

    Ana pernah bertanya kepada teman-teman,
    “Apa bahaya memandu lewat malam seorangan?”
    Majoritinya berkata, “Esok saja pulangnya... Bahaya tu!”
    Tetapi, ana tidak pasti adakah ianya benar-benar bahaya
    Lalu, ana terus eksperimentasikan hal itu bagi mengetahui keadaan sebenarnya
    Ya, saat eksperiment itu
    Ana menolak hipotesis “BAHAYA”
    Ana terfikir... siang atau malam, dan pagi atau petang, sama saja keadaannya
    Jika Allah menginginkan sesuatu itu terjadi ke atas kita
    Maka Dia akan terus jadikannya

    Memanglah... logikanya bahaya! 
    Tapi, semuanya berlaku atas kehendak Allah
    Cuba antum wa antunna fikirkan...
    Pointnya disini adalah... Setiap tindakan yang kita lakukan hendaklah disertakan pengharapan kepada Allah
    Baik ataupun buruk sesuatu itu hanyalah terlihat pada pandangan mata kita sahaja
    Namun, Allah tidak menjadikan sesuatu perkara itu tanpa ada maksud yang tersirat ataupun tersurat

    Alhamdulillah Ya Allah...
    Ana belajar beberapa perkara untuk permulaan hari pada tahun baharu ini
    Ana belajar bahawa kita harus sentiasa berfikir jauh kehadapan
    Harusnya jangan menunggu orang lain untuk memikirkannya
    Membazir nikmat namanya jika kita tidak menggunakan kemampuan yang Allah berikan
    Bila mana kita mahu melakukan sesuatu, janganlah teragak-agak
    Yakin! Allah pasti bersama
    Tapi, harus persiapkan diri dengan “Professional Planning

    Penegasan untuk diri sendiri
    Berdoalah wahai diri kerana itulah senjata kita
    Berharaplah wahai diri hanya dengan Allah
    Hanya kepada Allah!

    La Ilaha Illa Allah... Muhammad Rasulullah...

    KLIA

    KLIA: Ku Lihat Inilah Alam


    Pendahuluan
    Alhamdulillah... Allah telah mengizinkan untuk menjalani sebuah pengalaman berharga berlama-lama melepak di KLIA. Bermula dengan kelewatan tiba di KLIA dan “Open ticket”, banyak sekali pengalaman yang Allah izinkan untuk menjalaninya. Insya Allah, ana sangat bersyukur kepada Allah dengan nikmat tersebut. Banyak perkara yang telah dipelajari sepanjang perjalanan ke KLIA, berada di KLIA, dan meninggalkan KLIA. Saat ini ana sedar, KLIA sebagai “Ku Lihat Inilah Alam”.

    Perjalanan Ke KLIA

    Komuter
    Masya Allah... Ramai sungguh manusia di muka bumi Allah. Bermacam-mana gaya, ragam, dan penampilan. Kadang-kadang ana melihat keadaannya sungguh menakutkan. Ana tersilap masuk koc sebabnya ana belum tahu adanya koc wanita. Hati ini menjadi sangat sedih apabila melihat pakaian dan akhlak remaja-remaja perempuan yang muslim. Ada juga yang ana sama sekali tidak dapat dikenal-pasti jantinanya dengan jelas. Ya Allah... Tunjukkanlah mereka jalan yang benar... Alhamdulillah, ada seorang kakak yang sudi berbicara dengan ana. Pada mulanya, ana agak ragu sebabnya ana tidak pasti samada dia perempuan ataupun lelaki tetapi setelah diamat-amati... dia seorang perempuan. Ya, dia agak baik tapi ana juga kasihan melihat keadaannya, mudah-mudahan Allah membuka pintu hidayah untuknya.

     KLIA Express
    Travel seorang diri memerlukan sebuah kekuatan, keberanian, dan yang paling penting kebergantungan hanya kepada Allah. Alhamdulillah, Allah memberikan itu semua kepada ana. Ya, pertama kali dalam sejarah kehidupan ana untuk pengembaraan solo. Saat berada di dalam tren, ana berfikir... Ya Allah betapa bumi-Mu ini sungguh luas, bermacam-macam ragam. Ada yang manis, pahit, masam, dan masin. Pencemaran jiwa mahupun pencemaran alam sangat-sangat berleluasa. Lebih menarik perhatian apabila terlihat berhala-berhala yang baru siap dibina. Semakin jauh perjalanan, ana semakin sedar... kita sedang berada pada zaman jahiliyah, zaman jahiliyah moden yang terlalu menakutkan.

    Lepak KLIA

    Kelewatan tiba di KLIA mengizinkan ana untuk berlama-lama melepak di KLIA. Boleh dikatakan, hampir semua sudut di KLIA sudah dijelajahi. Penjelajahan di KLIA sangat menarik dan tidak pernah dirasai sebelum ini.

    “Open ticket” dengan izin Allah mengajarkan ana tentang nilai kesabaran. Mana tidaknya, fenomena yang agak luar biasa berlaku. Menjadi penumpang yang disenaraikan dalam waiting list bukanlah perkara yang menggembirakan hati. Ya... Terfikir juga, sudah dekat perayaan krismas, tahun baru, dan bermulanya semester baharu. Tapi, inilah ketentuan Allah, ana belajar banyak perkara daripadanya.

    Pengalaman menarik semasa melepak di KLIA:
    •  Ana terasa pelik apabila manusia-manusia melihat ana dengan pandangan yang luar biasa apabila sahaja ana memegang mushaf al Quran dan membacanya. Sampaikan, ada yang berhenti berjalan dan berdiri di hadapan ana untuk seketika. Lucu juga apabila ada anak-anak kecil duduk mendekati ana semasa ana membaca al Quran.
    • Surau “full”, alhamdulillah ana gembira apabila surau menjadi terlalu padat apabila sahaja seruan agung tiba. Hampir setiap masa surau penuh... Insya Allah penuh dengan orang yang bersolat.
    • Qiam di KLIA. Bertemu dan qiam bersama dengan saudara se-Islam luar negara dan jemaah haji juga merupakan pengalaman yang menarik.
    • Tanpa disangka-sangka... Allah mempertemukan dengan akhawat sefikrah. Masya Allah.
    Meninggalkan KLIA

    “Allah akan memberi jalan keluar yang tidak disangka-sangka pada orang yang bertakwa dan bertawakal”.

    Sampai satu saat itu, ana tertanya-tanya sampai bilakah ana harus menjadi orang yang waiting list. Lalu, ana bertanya kepada pegawai di kaunter B17 dan telah diberitahukan bahawa sememangnya tidak mungkin untuk mendapat tempat duduk dalam kapal terbang dalam hari itu. Alhamdulillah... ana mendengar berita itu dengan tenang dan menerimanya dengan baik.

    Kisah pengembaraan solo ana di KLIA pada mulanya hanya diketahui oleh keluarga ana sahaja. Keadaan tersebut mengajarkan sikap tawakal dan yakin sepenuh hati terhadap pertolongan Allah. Alhamdulillah wa tsumma alhamdulillah, Allah menghantarkan pertolongan yang tidak disangka-sangka. Alhamdulillah sekali lagi.

    Kesimpulan
    Pengembaraan solo ini mengajarkan banyak perkara. Ia mengajarkan ana konsep tawakal, himmah, sabar, berdikari, dan yakin dengan Allah. Melihatkan keadaan alam kita saat ini, mengetuk jiwa ana bahawa ana mempunyai sangat banyak kerja dan tanggungjawab yang sangat besar. Tidak perlu lagi untuk menunggu masa walaupun untuk seketika. Keadaan zaman kita semakin parah.

    Ana sangat tersentuh apabila sahaja ana memikirkan pengajaran daripada pengembaraan solo ini, ana tahu bahawa semua orang sebenarnya menyangi diri ini. Lebih terasa lagi... ana dapat merasakan bahawa inilah kasih-sayang daripada Allah. Ana gembira dan bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan ini. Alhamdulillah Ya Allah. Jika Engkau mengizinkan Ya Allah, ingin sekali hamba-Mu ini menikmati pengembaraan itu sekali lagi. Ya, KLIA sebagai “Ku Lihat Inilah Alam”.

    Alhamdulillahi ‘ala kullu hal...

    *Banyak lagi peristiwa yang tidak dapat diungkapkan penulis sepanjang pengembaraan solo tersebut.
    *Jazakumullahu khairan katheera kepada hamba-hamba Allah yang sudi menemani ana saat suka dan duka, dan sentiasa membantu ana untuk terus kuat dalam meneruskan pengembaraan kehidupan ini. Barakallahu fik...

    On Call

    Wednesday, December 8
    Ya Allah, hamba memohon keampunan dariMu. Ya Allah, ingin sekali hamba merasai nilai 'On Call'. Sehingga saat ini, hamba cuba untuk menanam nilai tersebut dalam diri ini. Namun, Allahu Akbar... Ianya susah sekali untuk dipraktikkan dengan penuh keikhlasan.  

    Islam sebagai cara hidup. Banyak hadith-hadith Rasulullah SAW yang menyatakan tentang sentiasa berbuat kebaikan kepada orang lain, kelebihan-kelebihan apabila membantu orang lain, dan ganjaran yang akan diberikan oleh Allah kelak.

    Namun, susah sekali menjaga hubungan sesama manusia terutamanya perasaannya. Ada yang mahu kita faham dirinya, tetapi tidak pula mahu memahami kita. Ada pula yang merasa kita yang tidak mahu difahami. Ada pula yang mahu diikut saja kehendaknya tetapi tidak kehendak orang. Ada pula yang boleh buat jiwa kita mahu memberontak. Walaupun demikian, ini semua hanya kata-kata mereka yang belum 100% ikhlas berbuat kerana Allah. Belum punya nilai 'On Call' dalam dirinya. Kenapa? Menurut pemerhatian saya, orang yang punya nilai 'On Call' dalam dirinya itu adalah orang yang bisa berbuat baik pada bila-bila masa.

    Hamba masih belum mampu untuk 'On Call' kerana hamba juga belum punya nilai itsar dalam diri. Hamba juga belum mampu untuk mengorbankan kepentingan diri untuk orang lain semata-mata keranaMu Ya Allah. Astagfirullah al Adzeem... Pernah juga hati ini merasa jenuh dalam berbuat. Pernah juga hati ini mempersoalkan suatu yang seharusnya tidak dipersoalkan. Sudah tentu semua ini ujian daripada Allah, ujian yang menuntut keimanan yang mendalam.
        
    Ya Allah, hamba takut... Bagaimana jika semuanya menuntut hak mereka daripada hamba di akhirat kelak? Hamba tidak mampu untuk memberikan apa-apa. Hamba juga tidak terdaya untuk memberikan apa yang ada dengan ikhlas yang sebenar-benarnya. 

    Ya Allah, Engkau menjanjikan kepada kami ganjaran yang tidak terhingga bagi mereka yang berbuat baik sesama manusia. Ya Allah, ajarilah hamba untuk sentiasa 'On Call' dalam berbuat semata-mata keranaMu Ya Allah. Hamba mohon agar Engkau sentiasa mentsabatkan hati ini dalam berbuat kebaikan. Peliharakanlah emosi kami hambaMu ini agar sentiasa mampu untuk membuat kebaikan pada bila-bila masa. 

    Astagfirullah al Adzeem...

    Theories and Concept of Entrepreneurship

    Theories and Concept of Entrepreneurship by "Makhluk Genius" Perspective

    Definition of Entrepreneur
    An entrepreneur is a person who undertakes to do a job - Richard Cantillon (1755)


    Definition of Entrepreneurship
    Involves not only the process that leads to the setting up of a business entity but also the expansion and development of an on going concern (entrepreneurial behavior, the dynamic of business set up, the expansion, and development).


    Evolution of Entrepreneurship Theory


    Adam Smith (1776)
    Person who acts as agent in transferring demand into supply 


    Jean Babtiste Say (1803)
    A person who shifts resources from an area of low productivity to high   productivity 


    John Stuart Mill (1848)
    Prime mover in the private enterprise


    Joseph Aloysius Schumpeter (1934)
    An entrepreneur is an innovator


    Ibn Khaldun
    Knowledgeable individual and its instrumental in the development of a city-state where enterprise will emerge


    However, entrepreneurship is more than mere creation of business. It is subjective, as my lecturer said, "Since your ideas is logic, you can define the word of 'entrepreneur or entrepreneurship' as you like".


    For Muslim, we are entrepreneur. We have our own company, own business. For sure, we have a good investment if we realize that the business is between us and Allah, the al Khaliq. This is very important business because it is the determination for here after. You are the successful entrepreneur when you have a good deal with Allah while it is so pitiable if you are the bankrupt entrepreneur. 

    Allah says in the Quran:

    "O You who believe! Shall I guide you to a trade that will save you from a painful torment?"

    (QS As Saff, 61:10)


    Islamic entrepreneurship focus on eight principles of thoughts:
    (Please look for both physically and spiritually side)
    • Entrepreneurship is an integral parts of Islamic religion
    • By virtue of human nature, each of us is khalifah and we have responsibilities develop prosperities
    • Motivation - success in Islam is not merely measured by the end result but also the way and means of achieving them
    • Ibadah or good deed
    • 9 of 10 source of rezki can be found in business
    • Operate within the domain of Islamic (economic) System and act as vehicles towards global acceptance
    • Guided by al Quran and al Hadith
    • Exemplery conducts of Prophet Muhammad SAW


    If you think the 8 principles that list before is not enough, this is the formula of success by al Qurtubi:
    • Halal: Livelihood that are in accordance to what is being outlined by Allah
    • Qanaah: Pleased and thankful to Allah
    • Taufiq: Asking for the blessing of Allah
    • Sa'adah: Spiritual happiness
    • Jannah: Paradise


    According to Imam al Ghazali, these are the seven steps towards a success in life:

    • Level of knowledge
    • Level of taubat or repentence
    • Level of temptation
    • Level of obstacles
    • Level of motivation
    • Level of handicap
    • Level of praise and thankfullness



    Muslim entrepreneurship ethics:
    • Prevent laziness
    • Avoid greediness
    • Eradicate fear to do a good deed
    • Show gratitude and thankfulness of whatever has been acquired


    Ethical behavior of Muslim entrepreneurship:
    • Avoid malicious behavior
    • Avoid squandering
    • Avoid stinginess
    • Pray consistently
    • Tawakkal
    • Patience
    • Qanaah


    Conclusions:
    Allah is the absolute owner of wealth and he create wealth in abundance and sufficient for all. Normally, entrepreneur have to compete with other competitors but for the business with Allah, all of us can be the primary mover in a good deed. No one will lose in the business since he or she still in the right track of syariah. Allah as the investor, investing so much for us. He give us a chance of enjoyable time, health, money, age, and the most important thing is the life. Hopefully, we will use the chance as the method to be a successful entrepreneur in dunya and akhirat.


    *Almost all of the facts is from ETR300 notes
    *This note suitable for the new entrepreneurs either the entrepreneur in this real world or hereafter.
    *The writer is not the lecturer nor the ustazah BUT the writer is same with you as the entrepreneur who work and try to get the good investment from Allah. 

    The Operational Plan

    The Operations Plan by "Makhluk Genius" Perspective

    Introduction
    All of us has our own company. Your company is your life. You are the manager of yourself. You are the General Manager, Administration Manager, Marketing Manager, Operational Manager, and Financial Manager of yourself. Operations is an important part in business organization. Managing operation is crucial to make sure that the business is able to produce product or services according to specification, quality, and time. The management is the process of transforming input to output.

    This is the operation plan to make sure that the product or service that we do is the most quality. Allah is the investor, Allah is the one who judge and give marks to us. The story is, we don't want to be the success one but we want others who have more potential to be our friends in the last day and also joining the successful. This plan is about our job as a daie.

    Components in Operations System

    Business Input
    Without input, you will not have output. As a daie, how you can give others if you don't have anything. Studying Islam is the most important. However, pure science and social science are the input examples that we also must have. Naturally, all of the concept that we learn either in science or economy, it is same. The concept almost same in the reality of life. You only can look for that if you think deeply for it. It is tarbiyah from Allah. Insha' Allah.

    Transform Process
    Changing process is the hardest process but it is not impossible. Creativity and innovative are important part.

    Output
    Alhamdulillah, sometimes we can look the changes in a short-time. Also have a case when we do something, the change doesn't look by the eyes. Don't worry... Allah actually look for your efforts not for the last result.

    Feedback
    Lets' have a second or minute to muhasabah or think what we do for today. Is you done the akhlak as the akhlak of our prophet, Muhammad SAW?

    External Environment
    Sometimes, environment can help us to survive this life but most of the time, it is also danger for us to be in. It is likely, the bacteria which their is a good and bad bacteria. It is OK if you have good immune system but poorly if it is unworkable as you want.

    *All of the components important during the operation in business with Allah.

    Operations Plan as a Daie

    Process Planning
    Identification step-by-step process. This is the largest sunnah from Muhammad SAW. In searching a mad'u for example, you may have a step on make an ukhuwwah until he or she get in into ta'lim and then halaqoh.

    Operations Layout
    In the bus, bus station, class, road, stores, and others is our operation layout. Musolla and mosque may become the main operation layout.

    Production Planning
    Remember, we don't searching people and make-up it for jamaah but we search and make-up it for Islam. We want the product which productive for the next time when he or she mature then.

    Material Planning
    Main ingredients: Yourself, your Imaan
    Additional ingredients: Others such as extra pocket money, ideas, ...

    Machine and Equipment Planning
    Your hand and your leg is the machine and equipment. Use your hand and leg to do a good deed.

    Manpower Planning
    We are the boss, we are the workers... and if you can produce a product, the product then can be the workers also as you are...

    Overheads Requirements
    Your health and your age is the overheads requirements. Take care for it.

    Location Plan
    Everywhere is the location but if you are the tough, you can make open area as the location. Insha'Allah

    Business and Operation Hours
    No specific time for it. We are the boss, we can operate any time, either in the morning, afternoon, evening, night, mid-night, or subooh. Depends on the situation.

    License, Permits, and Regulations Required
    We always given a licence and permits to do our job. Regulations that we have only what the things that Islam not teaching us. SIMPLE.

    Operations Budget
    The total budget is the whole value of your life. If you think your value or rate as 1,000,000 dollars... it is you are. BUT, it will be the infinity number when the value is from Allah.

    Implementation Schedule
    We have 24 hours per day. It is actually enough for us and no need to add any extra seconds, minutes, or hours per day. Every second over 24 hours per day is important. If we aware that Islam is the way of life, every second is ibadah since we do all of the good deed with a niat only for Allah. Subhanallah...

    *The writer is not the fakih in Islam, also not the successful entrepreneurship. The written is just the share from the writer's. It is the lessons for the writers singly.
    *We are very sorry for all of the bad deed in this sharing.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...