• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • On Call

    Wednesday, December 8
    Ya Allah, hamba memohon keampunan dariMu. Ya Allah, ingin sekali hamba merasai nilai 'On Call'. Sehingga saat ini, hamba cuba untuk menanam nilai tersebut dalam diri ini. Namun, Allahu Akbar... Ianya susah sekali untuk dipraktikkan dengan penuh keikhlasan.  

    Islam sebagai cara hidup. Banyak hadith-hadith Rasulullah SAW yang menyatakan tentang sentiasa berbuat kebaikan kepada orang lain, kelebihan-kelebihan apabila membantu orang lain, dan ganjaran yang akan diberikan oleh Allah kelak.

    Namun, susah sekali menjaga hubungan sesama manusia terutamanya perasaannya. Ada yang mahu kita faham dirinya, tetapi tidak pula mahu memahami kita. Ada pula yang merasa kita yang tidak mahu difahami. Ada pula yang mahu diikut saja kehendaknya tetapi tidak kehendak orang. Ada pula yang boleh buat jiwa kita mahu memberontak. Walaupun demikian, ini semua hanya kata-kata mereka yang belum 100% ikhlas berbuat kerana Allah. Belum punya nilai 'On Call' dalam dirinya. Kenapa? Menurut pemerhatian saya, orang yang punya nilai 'On Call' dalam dirinya itu adalah orang yang bisa berbuat baik pada bila-bila masa.

    Hamba masih belum mampu untuk 'On Call' kerana hamba juga belum punya nilai itsar dalam diri. Hamba juga belum mampu untuk mengorbankan kepentingan diri untuk orang lain semata-mata keranaMu Ya Allah. Astagfirullah al Adzeem... Pernah juga hati ini merasa jenuh dalam berbuat. Pernah juga hati ini mempersoalkan suatu yang seharusnya tidak dipersoalkan. Sudah tentu semua ini ujian daripada Allah, ujian yang menuntut keimanan yang mendalam.
        
    Ya Allah, hamba takut... Bagaimana jika semuanya menuntut hak mereka daripada hamba di akhirat kelak? Hamba tidak mampu untuk memberikan apa-apa. Hamba juga tidak terdaya untuk memberikan apa yang ada dengan ikhlas yang sebenar-benarnya. 

    Ya Allah, Engkau menjanjikan kepada kami ganjaran yang tidak terhingga bagi mereka yang berbuat baik sesama manusia. Ya Allah, ajarilah hamba untuk sentiasa 'On Call' dalam berbuat semata-mata keranaMu Ya Allah. Hamba mohon agar Engkau sentiasa mentsabatkan hati ini dalam berbuat kebaikan. Peliharakanlah emosi kami hambaMu ini agar sentiasa mampu untuk membuat kebaikan pada bila-bila masa. 

    Astagfirullah al Adzeem...

    0 comments:

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...