KLIA: Ku Lihat Inilah Alam
Pendahuluan
Alhamdulillah... Allah telah mengizinkan untuk menjalani sebuah pengalaman berharga berlama-lama melepak di KLIA. Bermula dengan kelewatan tiba di KLIA dan “Open ticket”, banyak sekali pengalaman yang Allah izinkan untuk menjalaninya. Insya Allah, ana sangat bersyukur kepada Allah dengan nikmat tersebut. Banyak perkara yang telah dipelajari sepanjang perjalanan ke KLIA, berada di KLIA, dan meninggalkan KLIA. Saat ini ana sedar, KLIA sebagai “Ku Lihat Inilah Alam”.
Perjalanan Ke KLIA
Komuter
Masya Allah... Ramai sungguh manusia di muka bumi Allah. Bermacam-mana gaya, ragam, dan penampilan. Kadang-kadang ana melihat keadaannya sungguh menakutkan. Ana tersilap masuk koc sebabnya ana belum tahu adanya koc wanita. Hati ini menjadi sangat sedih apabila melihat pakaian dan akhlak remaja-remaja perempuan yang muslim. Ada juga yang ana sama sekali tidak dapat dikenal-pasti jantinanya dengan jelas. Ya Allah... Tunjukkanlah mereka jalan yang benar... Alhamdulillah, ada seorang kakak yang sudi berbicara dengan ana. Pada mulanya, ana agak ragu sebabnya ana tidak pasti samada dia perempuan ataupun lelaki tetapi setelah diamat-amati... dia seorang perempuan. Ya, dia agak baik tapi ana juga kasihan melihat keadaannya, mudah-mudahan Allah membuka pintu hidayah untuknya.
KLIA Express
Travel seorang diri memerlukan sebuah kekuatan, keberanian, dan yang paling penting kebergantungan hanya kepada Allah. Alhamdulillah, Allah memberikan itu semua kepada ana. Ya, pertama kali dalam sejarah kehidupan ana untuk pengembaraan solo. Saat berada di dalam tren, ana berfikir... Ya Allah betapa bumi-Mu ini sungguh luas, bermacam-macam ragam. Ada yang manis, pahit, masam, dan masin. Pencemaran jiwa mahupun pencemaran alam sangat-sangat berleluasa. Lebih menarik perhatian apabila terlihat berhala-berhala yang baru siap dibina. Semakin jauh perjalanan, ana semakin sedar... kita sedang berada pada zaman jahiliyah, zaman jahiliyah moden yang terlalu menakutkan.
Lepak KLIA
Kelewatan tiba di KLIA mengizinkan ana untuk berlama-lama melepak di KLIA. Boleh dikatakan, hampir semua sudut di KLIA sudah dijelajahi. Penjelajahan di KLIA sangat menarik dan tidak pernah dirasai sebelum ini.
“Open ticket” dengan izin Allah mengajarkan ana tentang nilai kesabaran. Mana tidaknya, fenomena yang agak luar biasa berlaku. Menjadi penumpang yang disenaraikan dalam waiting list bukanlah perkara yang menggembirakan hati. Ya... Terfikir juga, sudah dekat perayaan krismas, tahun baru, dan bermulanya semester baharu. Tapi, inilah ketentuan Allah, ana belajar banyak perkara daripadanya.
Pengalaman menarik semasa melepak di KLIA:
- Ana terasa pelik apabila manusia-manusia melihat ana dengan pandangan yang luar biasa apabila sahaja ana memegang mushaf al Quran dan membacanya. Sampaikan, ada yang berhenti berjalan dan berdiri di hadapan ana untuk seketika. Lucu juga apabila ada anak-anak kecil duduk mendekati ana semasa ana membaca al Quran.
- Surau “full”, alhamdulillah ana gembira apabila surau menjadi terlalu padat apabila sahaja seruan agung tiba. Hampir setiap masa surau penuh... Insya Allah penuh dengan orang yang bersolat.
- Qiam di KLIA. Bertemu dan qiam bersama dengan saudara se-Islam luar negara dan jemaah haji juga merupakan pengalaman yang menarik.
- Tanpa disangka-sangka... Allah mempertemukan dengan akhawat sefikrah. Masya Allah.
Meninggalkan KLIA
“Allah akan memberi jalan keluar yang tidak disangka-sangka pada orang yang bertakwa dan bertawakal”.
Sampai satu saat itu, ana tertanya-tanya sampai bilakah ana harus menjadi orang yang waiting list. Lalu, ana bertanya kepada pegawai di kaunter B17 dan telah diberitahukan bahawa sememangnya tidak mungkin untuk mendapat tempat duduk dalam kapal terbang dalam hari itu. Alhamdulillah... ana mendengar berita itu dengan tenang dan menerimanya dengan baik.
Kisah pengembaraan solo ana di KLIA pada mulanya hanya diketahui oleh keluarga ana sahaja. Keadaan tersebut mengajarkan sikap tawakal dan yakin sepenuh hati terhadap pertolongan Allah. Alhamdulillah wa tsumma alhamdulillah, Allah menghantarkan pertolongan yang tidak disangka-sangka. Alhamdulillah sekali lagi.
Kesimpulan
Pengembaraan solo ini mengajarkan banyak perkara. Ia mengajarkan ana konsep tawakal, himmah, sabar, berdikari, dan yakin dengan Allah. Melihatkan keadaan alam kita saat ini, mengetuk jiwa ana bahawa ana mempunyai sangat banyak kerja dan tanggungjawab yang sangat besar. Tidak perlu lagi untuk menunggu masa walaupun untuk seketika. Keadaan zaman kita semakin parah.
Ana sangat tersentuh apabila sahaja ana memikirkan pengajaran daripada pengembaraan solo ini, ana tahu bahawa semua orang sebenarnya menyangi diri ini. Lebih terasa lagi... ana dapat merasakan bahawa inilah kasih-sayang daripada Allah. Ana gembira dan bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan ini. Alhamdulillah Ya Allah. Jika Engkau mengizinkan Ya Allah, ingin sekali hamba-Mu ini menikmati pengembaraan itu sekali lagi. Ya, KLIA sebagai “Ku Lihat Inilah Alam”.
Alhamdulillahi ‘ala kullu hal...
*Banyak lagi peristiwa yang tidak dapat diungkapkan penulis sepanjang pengembaraan solo tersebut.
*Jazakumullahu khairan katheera kepada hamba-hamba Allah yang sudi menemani ana saat suka dan duka, dan sentiasa membantu ana untuk terus kuat dalam meneruskan pengembaraan kehidupan ini. Barakallahu fik...
0 comments: