Ini adalah salinan dan terjemahan surat terakhir yang dibuat oleh Syeikh Ahmad untuk para pemimpin Arab yang akan mewujudkan konferensi tetapi surat ini belum sempat disampaikan kerana SYAHID terlebih dahulu menjemputnya. Pesan beliau dalam surat terakhirnya...
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Pernyataan bahawa kemenangan dunia Islam bergantung pada Arab adalah tanggungjawab besar yang dipikul di bahu anda semua yang telah diberi kepercayaan oleh Allah untuk melayani umat, sekarang, juga pada masa mendatang. Dan Rasulullah SAW bersabda, "Allah akan menanyakan pada orang-orang yang diberi kepercayaan amanah dan tanggungjawab apakah sudah ditunaikan kewajipan tersebut." Dengan memperkuatkan kekuatan yang anda miliki untuk menelusuri masa depan negara-negara Islam, musuh-musuh Allah telah bersatu untuk memerangi umat ini.
Di hadapan anda sekarang ada tentangan dan rakyat anda menanti resolusi yang akan dihasilkan anda nanti. Mereka menunggu resolusi untuk masalah utama di Timur Tengah: Palestin. Saya berharap konferensi yang akan berlangsung nanti setuju dan mendukung rakyat Palestin yang terus berjihad sehingga kemenangan yang telah ditentukan Allah.
Kerana itu, saya memohon untuk mempertimbangkan beberapa hal di bawah ini:
Pertama: Tanah Palestin adalah milik Arab. Tanah Islam secara paksa telah dirampas oleh Yahudi Zionis laknatullah dan itu hanya mampu direbut kembali dengan kekuatan. Palestin adalah tanah wakaf yang tidak boleh diserahkan sewenangnya, walaupun hanya satu inci, untuk itu kamu bersedia melakukan segalanya.
Kedua: Jihad di Palestin adalah hak asasi rakyat Palestin dan juga diwajibkan ke atas seluruh Muslim lelaki dan perempuan. Untuk memerangi ketidak adilan, kekejaman yang dilakukan musuh-musuh Allah. Rakyat Palestin menolak untuk dipisahkan dari orang-orang Arab dan kaum Muslimin di seluruh dunia. Kami berharap konferensi yang akan dilakukan berjaya menerangkan kedudukan yang jelas bagi perjuangan rakyat Palestin.
Ketiga: Rakyat kami yang sedang berjuang melawan penjajah, sepatutnya mendapat sokongan dari para pemimpin umat dunia. Rakyat kami memerlukan sokongan ekonomi, setelah Iblis Israel menghancurkan mata pencarian dan kemakmuran kami. Rakyat kami juga memerlukan sokongan ketenteraan, keamanan, kesihatan, moral, diplomatik, dan segala sokongan untuk menerajui jihad. Rakyat Palestin berharap bantuan dari konferensi ini.
Keempat: Kami memohon jangan lagi membina hubungan baik dengan musuh dan menutup semua kedutaan, pejabat, konsul atau perwakilan dagang Israel di manapun berada. Kami mendesak anda semua aktif memboikot dan menghentikan hubungan 'muammalah' dengan mereka.
Kelima: Umat ini memerlukan segala bantuan untuk mengakhiri kekejaman musuh di Palestin. Saya percaya waktunya akan datang seperti yang telah Allah janjikan, bersabarlah dan jangan berpecah-belah.
Keenam: Masjid al Aqsa, memohon sangat kepada kalian untuk diselamatkan dari penghancuran kejam Zionis laknatullah.
Ketujuh: Terakhirnya, kami juga meminta kepada kalian untuk membantu rakyat Iraq bagi mengusir penjajah Amerika dari tanahnya sendiri. Seperti yang telah dilakukan oleh rakyat Iraq, bersama menyokong kami membebaskan Palestin.
Para pemimpin yang terhormat, ini semua yang saya harapkan dari anda. Seperti yang telah diperintahkan oleh Rasulullah, agar kita saling menasihati. Saya mohon kepada Allah agar dipersatukan untuk membela agamaNya dan membawa umat menuju keadaan lebih baik.
Dari Saudaramu,
Ahmad Yassin
0 comments: