• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Simbol SUKSES: TAWAKAL

    Monday, September 19
    Bismillahirrahmanirrahim,
    Assalammualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

    Teman-teman yang dirahmati Allah,
    Teman-teman yang sedang bersiap-siaga mengangkat pena berjuang di dalam peperiksaan.

    Sedikit perkongsian berkenaan dengan Simbol SUKSES: TAWAKAL.


    Lompatan Berjaya
    Simbol

    Abstrak atau pun representasi dari suatu hal yang konkrit. Sebuah simbol baru berlaku apabila timbul kesepakatan tentang simbol tersebut.

    Contohnya, ($) merupakan simbol mata wang dolar tetapi ianya hanya berlaku apabila dunia bersepakat untuk mengiktiraf simbol tersebut sebagai mata wang dolar.

    Sukses

    Berhasil. Berjaya. Tercapainya sesuatu yang dikehendaki atau yang diinginkan. (Serta apa saja perkataan yang seumpamanya). Sukses bersifat relatif, ianya bergantung kepada bagaimana seseorang itu memberi makna terhadap ‘SUKSES’ itu sendiri.

    “... Sesiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah akan mencukupkan keperluannya. ...”

    (QS At Talaq, 65:3)

    Tawakal

    Bahasa: Mewakilkan atau menyerahkan – berserah diri sepenuhnya kepada Allah dalam menghadapi atau menunggu hasil pekerjaan, atau menanti suatu akibat dari keadaan.

    Imam al Ghazali: Menyandarkan kepada Allah tatkala menghadapi suatu kepentingan, bersandar kepada-Nya sewaktu dalam kesukaran, teguh hati tatkala ditimpa bencana disertai jiwa yang tenang dan hati yang tenteram.

    Salah Faham Yang Normal

    Kebanyakkan orang pada hari ini salah faham tentang konsep tawakal itu sendiri. Situasi kita, kita akan menghadapi peperiksaan semester. Persoalannya, adakah dengan mengatakan, “Tawakal sajalah...” akan memenuhi keperluan tawakal? YA? Kita sama sekali tersilap. Tawakal perlu disertai dengan USAHA.

    Selingan: Kisah di zaman Rasulullah, ada seorang sahabat yang meninggalkan untanya tanpa diikat terlebih dahulu. Ketika ditanya, mengapa ia tidak diikat, ia menjawab, “Saya telah benar-benar bertawakal kepada Allah.” Rasulullah SAW tidak membenarkan jawapan tersebut, baginda bersabda, “Ikatlah, dan setelah itu bolehlah engkau bertawakal.”

    Jadi, kita? Belajar dahulu barulah boleh bertawakal. JIHAD STUDY. Bersungguh-sungguh sehingga habis daya barulah berserah bulat-bulat kepada Allah.

    Bagaimana?

    Situasi kita, kita masih akan menerapkan adab-adab bertawakal:
    • Berusaha bersungguh-sungguh: Mengulangkaji dengan bekesan, study group, ...
    • Menyediakan keperluan-keperluan yang sesuai: Fizikal, rohani, mental, material, ...
    • Menyerahkan segalanya kepada Allah.
    • Redha sekiranya keputusan yang dicapai kurang memuaskan malah bersyukur dan memikirkan dengan positif ketentuan tersebut.
    • Tidak berputus asa.
    • Bersyukur kepada Allah.

    Ingatan Bersama

    Tiga jenis simbol manusia:
    1. Simbol gagal – Gagal dunia dan akhirat
    2. Simbol sukses – Sukses dunia tapi gagal akhirat
    3. Simbol sukses – Sukses dunia dan sukses akhirat

    Semulajadinya, bila saja tiba musim peperiksaan semua orang akan berubah sikap. Ada yang jadi Incredible Hulk, ada juga yang jadi Transformer, ...

    Kita pasti (saya dan teman-teman) mahukan simbol sukses yang sukses dunia dan sukses akhirat. Saya mahu kita semua bersepakat, simbol sukses kita bukan hanya pada kecemerlangan akademik semata.

    Kita mahu, peperiksaan pada kali ini (mungkin ada yang pertama kali) lebih mendekatkan diri kepada Allah. Peperiksaan bukan alasan kita untuk menjauh daripada-Nya. Solat terjaga, malah ditambah lagi dengan solat-solat sunat (solat hajat, solat taubat, ...), bacaan mathurat, istighfar, berdoa, dan sebagainya. InshaAllah, saya merasakan kita semua bersetuju, bahawa hati akan jadi lebih tenang apabila kita berdampingan dengan Allah, dan segala urusan akan jadi mudah. Semuanya kita serahkan kepada Allah.

    Saya berharap kita bersepakat simbol sukses kita adalah TAWAKAL.

    Firman Allah SWT:

    “... Wa maa taufiqi illa billahi ‘alaihi tawakkaltu wa ilaihi unib.” 

    (QS Hud, 11:88)

    Sebagai penutup, tafaddhol untuk meluangkan sedikit masa untuk tayangan berikut:





    La haula wala quwwata illa billah
    Tidak ada sebarang daya dan kekuatan melainkan di sisi Allah.


    Wallahua’alam bittaufiq wannajah
    Wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh


    Nota:
    Tulisan ini adalah ucapan sahabat saya, yang telah ditulis pada minggu lalu sesuai bagi teman-teman yang dirahmati Allah dan semuanya.

    Rencana Pengeboman Berani Mati

    Friday, September 9
    Rentetan post yang lalu (Link: Saya! SILALAH Bertanggungjawab), menembak diri-sendiri dan CEDERA. Kali ini cuba untuk menggunakan BOM NUKLEAR dan akan mengujinya di tapak ujian bahan letupan berdekatan.

    Telah berlalu tahun-tahun secara berterusan dan girang,
    Tahun-tahun yang singkat itu bagaikan beberapa hari.

    Kemudian tiba pula hari-hari untuk kita meninggalkannya,
    Hari-hari yang panjang itu bagaikan bertahun-tahun.

    Kemudian berlalu pergi pula tahun-tahun itu dan ahlinya,
    Ia bagaikan mimpi sahaja.

    Kelihatannya seperti akan menamatkan umur dengan tragedi seperti tragedi 9/11. Cadangannya memang untuk menjadi pengebom berani mati tapi Insha Allah, ia sama sekali tidak akan melibatkan jiwa-jiwa manusia yang lainnya. Hanya diri-sendiri.


    Seperti inilah kesan pengeboman yang telah saya rencanakan

    Ini bukan rancangan yang MUNASABAH atau MATANG atau apa saja agenda yang mempamerkan kedewasaan.

    Cukuplah KEMUSNAHAN dan HURU-HARA yang telah dilakukan. Tiba masanya untuk menggunakan sisa-sisa umur yang masih ada untuk kebaikan (moga Allah mahu untuk menerima kebaikan tersebut).

    “Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya.”

    (QS Al A’raf, 7:56)

    Cuma ada sedikit masa lagi dan tidaklah dapat dipastikan lama masa yang tertinggal.

    Bekalkanlah dirimu dengan ketakwaan,
    Engkau tidak mengetahui apabila larut malam adakah engkau akan terus hidup sehingga waktu fajar.

    Berapa ramaikah dari orang yang sihat mati tanpa ditimpa kesakitan?
    Berapa ramaikah orang yang sakit hidup dalam waktu yang panjang?

    Berapa ramaikah daripada orang yang muda diwaktu petang dan paginya berada dalam keadaan aman?
    Sedangkan kain kafannya telah pun ditenun dan ia tidak pula mengetahui.

    Saya akan mengebom semuanya. Tidak ada lagi KEMUSNAHAN atau HURU-HARA atau KEJAHATAN BERGANDA.

    Termotivasi daripada Sheikh Abdullah Yusuf Azzam:

    “Aku disini, di bawah deru enjin pesawat tempur, diantara kereta kebal dan peluru yang terus menerus bersambung. Siang dan malam, dengan perut yang kelaparan. Tetapi aku sedang berada di puncak kebahagiaan dan jiwaku penuh kedamaian. Kerana aku sedang melakukan suatu perbuatan yang sangat dicintai Tuhan Pencipta sekalian alam. Dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang dikerjakan hambanya. Jihad adalah satu-satu cara manusia menyenangkan hati Allah, penciptanya. Dan hanya jihad yang mampu mengembalikan kemuliaan Islam seperti semula.”

    Hmm... Sedar bahawa diri ini langsung jauh daripada kehebatan Abdullah Yusuf Azzam atau pahlawan-pahlawan Islam yang lainnya. Mendaftar menjadi sukarelawan ke Somalia saja belum... Apatah lagi mahu mendaftar sebagai perajurit yang berjuang bersama saudara-saudara kita di Iraq, Palestin, Chechnya, Bosnia, ...

    Malu dengan diri-sendiri. Tapi, semoga rencana ini merupakan titik-tolak bermulanya perjalanan menuju SYAHID.

    Mak (jamak) mem-bulat saya juga selalu memberikan sinarannya.

    “Sejak bila 5Y4#33D pernah jadi penakut?”

    “Kalau ingat 5Y4#33D, mesti teringat SUPER ULTRAMAN mak (sebenarnya mak-membulat membahaskan dirinya dengan nama lain). You are the most perfect SUPER ULTRAMAN I have seen.”

    Kata-kata yang saya tidak pernah lupakan. Saya sangat menyanyangi mak (jamak) mem-bulat saya. Beliau sangatlah cemerlang dalam aktiviti menaikkan semangat PEJUANG terhadap saya (JZKK kepada beliau, moga Allah memberi kebaikan berganda kepada beliau).

    Bukan maksud saya untuk memberitahu kepada DUNIA bahawa saya HEBAT tetapi, saya mahu memberitahu DUNIA bahawa mak (jamak) mem-bulat saya memang HEBAT!

    Sekarang, saya bertekad untuk meneruskan rencana pengeboman berani mati di beberapa wilayah di sini. Insha Allah, cuma beberapa hari lagi. Moga saya dan anda boleh menghabiskan umur dengan kebaikan.

    SERIUS untuk melakukannya kerana mencari husnul-khatimah...
    Moga Allah mengizinkan! (Menangis dengan airmata double)

    Rabbi-ghfirlii wa-li-akhii wa ad-khilnaa fi rahmatik wa anta ar-hamurrahimiin

    Wahai Tuhanku, ampunkanlah bagiku dan bagi saudaraku, dan masukkanlah kami ke dalam rahmat-Mu kerana Engkau saja yang Maha Mengasihani dari segala yang lain mengasihani.

    Wallahua'alam wa nastaghfirullah al adzeem

    Saya! SILALAH Bertanggungjawab!

    Thursday, September 8
    AMARAN
    Teman-teman yang tidak mempunyai antibodi yang kuat tidak digalakkan untuk membaca post ini. GTM-SETI tidak akan bertanggungjawab sekiranya kalian mendapat kesan sampingan akibat membacanya.


    Tidak menyukai perasaan diri-sendiri...

    Beberapa saat saja, usaha mengusahakan diri untuk menjadi lebih baik dan melaksanakan tanggungjawab 'The Big D and T' terhenti bukan untuk seketika tapi banyak ketika. 

    TIBA-TIBA. BERAT. SUSAH. SAKIT. Tapi, tidak ada MANUSIA (juga teman-teman yang dirahmati Allah) yang akan benar-benar FAHAM walaupun cuba untuk menjelaskannya. 

    Ataukah sememangnya tidak pernah berusaha untuk bertanggungjawab? Walaupun mungkin kalian (teman-teman yang dirahmati Allah) malu-malu atau kurang berani untuk memberitahu kebenarannya, saya tetap akan mengakui mungkin dan memang benar belum pernah melakukannya. (Saya memohon keampunan Allah)


    Penembak Tepat

    SEDAR. Termasuk dalam golongan yang memikirkan diri-sendiri terus-terusan. Silakan membidik senapang M16 anda tepat ke dahi saya dan TEMBAK berkali-kali! Tidak mengapa sekiranya kalian enggan, saya akan melakukannya sendiri.

    FLU. Sungguh, tidak tahu bagaimana dan bila keadaan ini menjadi tersangat parah. Laporan kesihatan  penggal pertama dan kedua:

    Penggal I: 
    NORMAL - FLU (Keliru) - SIHAT - FLU (KLIA) - SIHAT - FLU (Obses dengan kerja dunia) - TIREDNESS - FLU (Mental Disorder and Malnutrition)

    Penggal II:
    NORMAL - FLU (Mengembara) - PULIH - FLU (Ditembak) - PULIH - FLU (Tertekan) - FAINTED - PULIH - FLU (Ditembak Lagi) - COMPLICATIONS

    SEKARANG:
    KOMA (Mental disorder, personality disorder, social problems, eating disorder, HCC - hepatocellular carcinoma, malnutrition, ...)

    Nota: Sama sekali tidak menyalahkan sesiapa melainkan menyalahkan diri-sendiri.

    Bagaimana hendak bertanggungjawab terhadap 'The Big D and T'  dalam keadaan KOMA? (Saya memohon keampunan Allah - menangis dengan airmata quadruple)  

    Baru memahami diri-sendiri yang rupa-rupanya sudah punya perasaan. Ya, hanya kerana ketidak-matangan, kurang berbaik sangka terhadap beberapa pesanan-pesanan ringkas melalui Gabriella daripada teman yang dirahmati Allah (kasih-sayang beliau yang selalu disalah anggap oleh saya). Ignore sajalah... bukankah ia lebih mudah? Huh... SUSAH sebab ada perasaan tapi BOLEH sebenarnya.

    MUTABAAH dan IMAN menjawab permasalahan (Afwan katheera kerana saya, teman-teman yang dirahmati Allah terbabit dengan masalah yang bukan masalah). Tidak berimankah saya? (Menangis dengan sangat bersungguh-sungguh)

    CEMBURU dengan teman-teman yang dirahmati Allah yang sedang menikmati 'The Big D and T'.

    Jadi, SAYA! SILALAH Bertanggungjawab! Anda (merujuk kepada diri-sendiri) tahu, anda sebenarnya suka dan gembira saat bertanggungjawab sambil menikmati kemanisan 'The Big D and T'. Walaupun berada dibarisan yang terkebelakang dengan nombor tercorot, tidak mengapa... Bertanggungjawablah (sebab tidak ada pilihan)! 

    Jalan singkat: LARI atau BERHENTI atau KELUAR barisan TAPI munasabahkah alasan untuk tidak bertanggungjawab terhadap 'The Big D and T'? Sekiranya mahu menggunakan JALAN SINGKAT: Silalah TANGGUNG dan JAWABLAH sendiri sehabis baik dengan ALLAH (hanya jika anda mampu untuk menanggung dan menjawab persoalan daripada Yang Maha Besar).

    Merindui yang dulu tetapi beliau (5Y4#33D) HILANG. Bersalah kerana LUPA terhadap diri beliau. Moga Allah mempertemukan yang HILANG dan menjadikan LEBIH BAIK daripada yang dulu.

    Bismillahirrahmanirrahim...

    Allahumma ya muqollibal qulub, tsabbit qulubana 'ala diinik.
    Allahumma ya musarrifal qulub, sorrif qulubana 'ala too-'atik.

    Allahumma inna nas-aluka taubah wa dawaamahaa, wa na'udzubika minal maksiatik wa asbaabihaa, wa zakkirnaa bil khaufi minka qabla hujumi khotorootihaa, wahmilnaa 'alan-najaati minhaa, wa minat-tafakkuri fi toroo-iqihaa.

    Waamhu min qulubinaa halaawah maj-tanainaahu minhaa, wastabdilhaa bil-karoohati lahaa, wat-tomaie limaa huwa bidhidh-dihaa.

    Allahumma ameen ya Allah.



    Afwan katheera 'ala kullu hal
    Wallahua'alam wa nastaghfirullah al adzem 

    Infiniti Dalam Satu

    Tuesday, September 6
    "Setiap peristiwa pasti ada hikmahnya."

    Sepotong ayat yang popular dan kegemaran umum.
    Sepotong ayat yang memujuk hati apabila ditimpa musibah atau kedukaan.
    Juga, sepotong ayat yang diterbitkan apabila MANUSIA itu mendapat kegembiraan.

    Sejujurnya, ayat diatas hanya lebih biasa didengar (oleh saya, mungkin tidak pada teman-teman) tatkala manusia itu mengalami kedukaan atau ditimpa musibah.

    Alhamdulillah, TANHIAH kepada teman-teman semuanya kerana mengingati Allah saat SEDIH,  GEMBIRA, dan dalam apa jua keadaan. Saya berharap saya juga boleh menjadi seperti kalian (Insha Allah).

    TAPI, adakah kita (saya) hanya mengingati Allah hanya pada saat SEDIH dan GEMBIRA?

    Kita mengadu kepada Allah saat kita bersedih hati. Kita berterima kasih kepada Allah saat kita gembira. Saya dan anda, sama-sama MANUSIA yang berperasaan pelbagai, tidak hanya SEDIH dan GEMBIRA tetapi wujud juga perasaan yang lainnya seperti perasaan NORMAL, MARAH, dan sebagainya.  Bagaimana dengan perasaan-perasaan kita pada masa lainnya, tidakkah kita mengingati Allah? Bukankah Allah sentiasa bersama kita, memerhatikan kita?

    TERLUPA! Nah, saya memenyekkan diri-sendiri. Saya ingat dan saya lupa, padahal Allah sentiasa bersama saya dalam apa jua keadaan.

    Benar, setiap yang Allah izinkan berlaku ke atas kita mempunyai hikmah yang sangat besar dan sangat hebat daripada apa yang kita sangkakan. Pengaturan Allah terhadap kita adalah suatu aturan yang terbaik (kadang-kadang dan selalunya kita automatik seakan menidakkannya ketika ter-persoalkannya).

    Sepertinya, kita hanya lebih mengingati Allah apabila peristiwa BESAR berlaku keatas kita. Tapi, kita (saya) selalu tersilap... TERSILAP? Ya, padahal semua aturan Allah terhadap kita adalah peristiwa yang besar.

    Kita mendapat berita buruk, kita berkata: "Ada hikmahnya..."
    Kita mendapat berita gembira, kita mampu berkata: "Ada hikmahnya..."
    Kita berperasaan NORMAL dengan agenda yang NORMAL, kita jarang berkata: "Ada hikmahnya..."

    Allah selalu memberi kebaikannya kepada kita. Allah selalu mengasihani kita.

    Saya mengingatkan diri-sendiri:

    "Macam tidak ada apa-apa, NORMAL, tapi sebenarnya ada AGENDA yang BESAR, HEBAT, dan MENARIK disebaliknya yang telah Allah siapkan untuk kita. (Masha Allah, Allah Maha Tahu atas segala sesuatu.)"


    Infiniti dalam satu. Dengan hanya meluangkan masa sambil membuat pemerhatian di lapangan terbang, Allah telah mengasihani dan memperlihatkan kebaikanNya. Alhamdulillah.

    Meluangkan masa sambil membuat pemerhatian, saya...
    • Bersilaturrahim dengan makcik yang tidak dikenali tapi beliau amatlah mengenali saya.
    • Idea tasmi' dan eksperimen. Bertadarus bersama Umar dan Gabriella di sepanjang jalan sehingga boleh menghabiskan 1 juzuk ayat-ayat cintaNya.
    • Teringat agenda BESAR yang sepatutnya diketahui lebih awal.
    • ... (sukar untuk diungkapkan, rahsia Allah)


    "(Iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang peniptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.""

    (QS Al Imran, 3:191)

    Moga Allah menjadikan kita (teman-teman dan saya) dari golongan yang sentiasa mengingatiNya. Bukan hanya menjadi HAMBA ketika SEDIH atau GEMBIRA.


    Nota:
    JZKK kepada teman sepermainan saya serta Umar, Gabriella, Mahbub, dan teman-teman lainnya (the miscible and immiscible). Kalian telah menjadi asbab dengan izin Allah sebagai ingatan untuk diri-sendiri. Moga Allah memberi kebaikan berganda kepada kalian, Insha Allah.

    Wallahua'alam wa nastaghfirullah al adzeem.

    Memaknai Eidul Fitri

    Sunday, September 4
    Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar
    Laa ilaaha illa Allah, Allahu Akbar
    Allahu Akbar wa lillahi alhamdu

    Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Kita bersyukur kepada Allah kerana masih memberikan kita peluang untuk menikmati nikmat kehidupan sehingga saat ini. Allah memberi peluang kepada kita meraikan kejayaan kita semasa berada di Universiti (Madrasah) Ramadhan.

    Setelah meraikan Eid-ul Fitri dengan bersungguh-sungguh, alhamdulillah barulah saya berkesempatan untuk menulis dan berkongsi dengan diri-sendiri (juga teman-teman).

    TAHNIAH! Selamat kembali kepada fitrah...

    Saya yakin teman-teman melaungkan takbir dengan penuh kesungguhan sehingga bisa menumpahkan airmata (alhamdulillah) yang diakibatkan oleh keberkesanan Ramadhan terhadap kita (Insha Allah).

    Ya, sedikit pendapat saya berkenaan dengan sebab kebarangkalian tumpahnya airmata di pagi Syawal (wajar untuk teman-teman tidak bersetuju):
    • Sedih kerana Ramadhan telah berlalu dan merinduinya
    • Sedih kerana pesta ibadah telah berakhir
    • Gembira kerana Allah menyampaikan sehingga ke akhir Ramadhan dan masih memberikan nikmat kehidupan
    • Gembira meraikan Hari Graduasi Universiti Ramadhan

    Saya kira, kita telah berada seminggu di bulan Syawal. Jadi, telah menjadi kebiasaan saya untuk bertanya kepada diri-sendiri (teman-teman juga digalakkan untuk menjawab bagi pihak diri-sendiri): Bagaimana dengan prestasi ibadah kita?

    Maintain? Alhamdulillah! Mabruk ‘alaik!

    Bagaimana kalian mengekalkan momentum tersebut?

    Kita sama sekali berharap agar agenda kita sepanjang Ramadhan masih berlaku dan akan terus membaik sehingga kita sampai semula kepada Ramadhan yang akan datang (sekiranya Allah mengizinkan).

    Saya mengingatkan diri-sendiri:

    Remember, the Lord of Syawal is the same as the Lord of Ramadhan. The Lord of September is the same as the Lord of Ramadhan. The God you worshiped during the nights last week is the same God you worship with your 5 times daily salat this week. So, let us not become easy with our sins. Indeed, we should strive to remember Allah whether it is Ramadhan, Syawal, or September.

    Saya masih mahu membuat ucapan (bukan hanya sempena Eid Mubarak):

    Bismillahirrahmanirrahim,

    Assalammualaikum, brothers and sisters with blessed of Allah...

    This post might be late (in excessive). On a regular basis, this is a reminder for me first and foremost, and yours. I feel like a hypocrite (sometimes and most of the times). I am the sinner and I know I am not the best Muslim as yours. Indeed, I make mistakes and sins. Both of us know, the immatured of me and still learn to be HUMAN.

    I am very SORRY (afwan katheera ‘ala kullu hal) for my bad deeds and also, I would like to say THANK YOU VERY MUCH for everything (barakallah, may Allah give you His favor with double).

    Hopefully, you will do keep me and all Muslims in your prayers that we are guided to the siraat-al-mustaqeem and that we are saved from hypocrisy, misguidance and bad deeds.

    Happy Eid Mubarak! 
    May Allah accept our deeds and yours. Insha Allah. JZKK.

    Abdullah – Team of GTM-SETI, SHU-Hee, and friends (the miscible and immiscible).


    Wallahua'alam wa nastaghfirullah al adzeem
    Taqabbal-allahu-minna wa-minkum

    Nota:
    Saya sengaja menggaulkan peringatan dan ucapan dalam Bahasa Inggeris agar mudah dimengertikan, Insha Allah.


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...