• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Saya! SILALAH Bertanggungjawab!

    Thursday, September 8
    AMARAN
    Teman-teman yang tidak mempunyai antibodi yang kuat tidak digalakkan untuk membaca post ini. GTM-SETI tidak akan bertanggungjawab sekiranya kalian mendapat kesan sampingan akibat membacanya.


    Tidak menyukai perasaan diri-sendiri...

    Beberapa saat saja, usaha mengusahakan diri untuk menjadi lebih baik dan melaksanakan tanggungjawab 'The Big D and T' terhenti bukan untuk seketika tapi banyak ketika. 

    TIBA-TIBA. BERAT. SUSAH. SAKIT. Tapi, tidak ada MANUSIA (juga teman-teman yang dirahmati Allah) yang akan benar-benar FAHAM walaupun cuba untuk menjelaskannya. 

    Ataukah sememangnya tidak pernah berusaha untuk bertanggungjawab? Walaupun mungkin kalian (teman-teman yang dirahmati Allah) malu-malu atau kurang berani untuk memberitahu kebenarannya, saya tetap akan mengakui mungkin dan memang benar belum pernah melakukannya. (Saya memohon keampunan Allah)


    Penembak Tepat

    SEDAR. Termasuk dalam golongan yang memikirkan diri-sendiri terus-terusan. Silakan membidik senapang M16 anda tepat ke dahi saya dan TEMBAK berkali-kali! Tidak mengapa sekiranya kalian enggan, saya akan melakukannya sendiri.

    FLU. Sungguh, tidak tahu bagaimana dan bila keadaan ini menjadi tersangat parah. Laporan kesihatan  penggal pertama dan kedua:

    Penggal I: 
    NORMAL - FLU (Keliru) - SIHAT - FLU (KLIA) - SIHAT - FLU (Obses dengan kerja dunia) - TIREDNESS - FLU (Mental Disorder and Malnutrition)

    Penggal II:
    NORMAL - FLU (Mengembara) - PULIH - FLU (Ditembak) - PULIH - FLU (Tertekan) - FAINTED - PULIH - FLU (Ditembak Lagi) - COMPLICATIONS

    SEKARANG:
    KOMA (Mental disorder, personality disorder, social problems, eating disorder, HCC - hepatocellular carcinoma, malnutrition, ...)

    Nota: Sama sekali tidak menyalahkan sesiapa melainkan menyalahkan diri-sendiri.

    Bagaimana hendak bertanggungjawab terhadap 'The Big D and T'  dalam keadaan KOMA? (Saya memohon keampunan Allah - menangis dengan airmata quadruple)  

    Baru memahami diri-sendiri yang rupa-rupanya sudah punya perasaan. Ya, hanya kerana ketidak-matangan, kurang berbaik sangka terhadap beberapa pesanan-pesanan ringkas melalui Gabriella daripada teman yang dirahmati Allah (kasih-sayang beliau yang selalu disalah anggap oleh saya). Ignore sajalah... bukankah ia lebih mudah? Huh... SUSAH sebab ada perasaan tapi BOLEH sebenarnya.

    MUTABAAH dan IMAN menjawab permasalahan (Afwan katheera kerana saya, teman-teman yang dirahmati Allah terbabit dengan masalah yang bukan masalah). Tidak berimankah saya? (Menangis dengan sangat bersungguh-sungguh)

    CEMBURU dengan teman-teman yang dirahmati Allah yang sedang menikmati 'The Big D and T'.

    Jadi, SAYA! SILALAH Bertanggungjawab! Anda (merujuk kepada diri-sendiri) tahu, anda sebenarnya suka dan gembira saat bertanggungjawab sambil menikmati kemanisan 'The Big D and T'. Walaupun berada dibarisan yang terkebelakang dengan nombor tercorot, tidak mengapa... Bertanggungjawablah (sebab tidak ada pilihan)! 

    Jalan singkat: LARI atau BERHENTI atau KELUAR barisan TAPI munasabahkah alasan untuk tidak bertanggungjawab terhadap 'The Big D and T'? Sekiranya mahu menggunakan JALAN SINGKAT: Silalah TANGGUNG dan JAWABLAH sendiri sehabis baik dengan ALLAH (hanya jika anda mampu untuk menanggung dan menjawab persoalan daripada Yang Maha Besar).

    Merindui yang dulu tetapi beliau (5Y4#33D) HILANG. Bersalah kerana LUPA terhadap diri beliau. Moga Allah mempertemukan yang HILANG dan menjadikan LEBIH BAIK daripada yang dulu.

    Bismillahirrahmanirrahim...

    Allahumma ya muqollibal qulub, tsabbit qulubana 'ala diinik.
    Allahumma ya musarrifal qulub, sorrif qulubana 'ala too-'atik.

    Allahumma inna nas-aluka taubah wa dawaamahaa, wa na'udzubika minal maksiatik wa asbaabihaa, wa zakkirnaa bil khaufi minka qabla hujumi khotorootihaa, wahmilnaa 'alan-najaati minhaa, wa minat-tafakkuri fi toroo-iqihaa.

    Waamhu min qulubinaa halaawah maj-tanainaahu minhaa, wastabdilhaa bil-karoohati lahaa, wat-tomaie limaa huwa bidhidh-dihaa.

    Allahumma ameen ya Allah.



    Afwan katheera 'ala kullu hal
    Wallahua'alam wa nastaghfirullah al adzem 

    12 comments:

    1. The Mind of Super Muslim said...:

      Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

      Ya Allah, tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami di dalam agama-Mu.
      Ya Allah, tuhan yang menggerakkan seluruh hati, gerakkanlah hati kami untuk mentaati-Mu.

      Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu akan petunjuk yang boleh membawa kami kepada bertaubat terus terhadap dosa-dosa yang telah kami lakukan; Dan sebaliknya kami berlindung kepada-Mu daripada melakukan perbuatan keji dan sebab-sebab yang boleh mendorong kami melakukannya; Jadikanlah kami orang yang sentiasa mengingati-Mu semasa datangnya serangan dorongan perasaan hati untuk melakukan perbuatan keji itu; Dan daripada memikirkan jalan untuk menuju kepadanya.

      Hilangkanlah dalam hati kami perasaan yang mengakui bahawa perbuatan keji itu mendatangkan manfaat, dan gantikanlah dengan perasaan benci terhadap perbuatan keji itu, serta tanamkanlah di dalam hati kami akan perasaan tamak haloba untuk melakukan kebaikan iaitu bertaubat kepada-Mu.

      Ya Allah, perkenankanlah permintaan kami... Ya Allah!

    1. Tulip_ Ungu said...:

      saya ingin sekali menemui anda!!! saya juga sangat100x merindui D dan T....T_T

    1. The Mind of Super Muslim said...:

      Bagaimana sekiranya kita jumpa esok atau lusa? SERIUS.

    1. Anonymous said...:

      KITA PERLU LIHAT PADA DIRI SENDIRI, SELALU NAK SALAHKAN ORANG LAIN. CAKAP LAIN TAPI TINDAKAN LAIN, KATE NAK BUAT BIG D DAN T, TAPI TIDAK PERGI BUAT. SIBUK DENGAN MASALAH DIRI SENDIRI, MASALAH PERASAAN, BERSANGKA BURUK PADA ORANG LAIN, PADAHAL MASALAH KITA JUGAK. MAU BAGITAU ORANG LAIN SUPAYA SUPPORT KESALAHAN KITA? ISH ISH ISH

    1. The Mind of Super Muslim said...:

      Anonymous - Saya menerima perkataan anda. Ia memang tepat.

      'CAKAP LAIN TAPI TINDAKAN LAIN, KATE NAK BUAT BIG D DAN T, TAPI TIDAK PERGI BUAT. SIBUK DENGAN MASALAH DIRI SENDIRI, MASALAH PERASAAN, BERSANGKA BURUK PADA ORANG LAIN, PADAHAL MASALAH KITA JUGAK.'

      'MAU BAGITAU ORANG LAIN SUPAYA SUPPORT KESALAHAN KITA?'

      Tidak sama-sekali. Mahu mengebom diri-sendiri. Saya berdoa agar anda tidak akan pernah menjadi dan berada ditempat saya.

    1. Anonymous said...:

      NAAA, BAGUSLA SUPAYA TIADA LAGI ORANG SEPERTI KAMU DIDUNIA INI.

    1. The Mind of Super Muslim said...:

      Anonymous - JZKK, anda memang baik dan saya YAKIN anda memang HEBAT dalam 'Big D and T'. Menerusi perkataan anda, saya kira berkata dan anda berbuat. Anda juga mungkin tidak pernah berburuk sangka, sibuk dengan diri-sendiri, masalah perasaan dan sebagainya. Saya mengagumi anda. Moga Allah memberi kebaikan berganda dan melimpahkan rahmat dan kasih-sayangnya ke atas anda.

      p/s: Afwan katheera sekiranya kewujudan saya didunia ini telah benar-benar dan sangat menyusahkan anda. Walaupun anda mungkin tidak mahu mengetahui, saya tidak pernah meminta untuk wujud, saya juga tidak pernah meminta untuk mendapat FLU.

    1. Anonymous said...:

      KAHKAH SAYA 'PENAH' JOIN D DAN T TAPI TIDAK LAGI BILE ORANG D DAN T PERANGAI MACAM INI. RASA MACAM BERJUANG TAPI BUKAN BERJUANG PUN. TERIMALAH KESALAHAN DIRI. ORANG IKUT D DAN T MEMANG MACAM INI. RASA DIRI BETUL MACAM KAMU INI. BERBLOG PUN RASA BERJUANG TAPI BERAPA MASA MAHU TULIS SATU POST? CUKUP MASA YANG SAMA UNTUK KAMU DAPAT 1 ORANG UNTUK DIDAKWAHKAN. BUANG MASA.
      ~PEMBENCI BLOGGER~

    1. The Mind of Super Muslim said...:

      'SAYA 'PENAH' JOIN D DAN T TAPI TIDAK LAGI...'?

    1. The Mind of Super Muslim said...:

      Anonymous, Pembenci Blogger, Guest, Sekilas Pandang

      JZKK atas komen serta pandangan anda... Mungkin setiap tulisan dan komen saya bersifat EGO, HIPOKRIT, RASA DIRI BETUL, RASA BERJUANG TAPI SEBENARNYA TAK BERJUANG, BERSANGKA BURUK, SIBUK MASALAH DIRI, dan sebagainya...

      Perkataan anda memang benar, dan saya juga sedang bersangka buruk dengan anda bahawa anda juga sedang bersangka-sangka terhadap saya tapi mungkin bukan BURUK seperti sangkaan saya.

      Saya menulis kerana mahu menyedarkan diri-sendiri. Atas izin Allah semua tulisan saya ter-PUBLISH dan alhamdulillah kalian terpilih untuk membacanya. Kalian mungkin kesal kerana menemui blog saya, dan terus memberi komen dan pandangan. Tidak mengapa, itu hak anda untuk menyuarakan kebenaran dan TELUS dalam menyampaikan. JZKK sekali lagi.

      Saya cuma MANUSIA yang terus-terusan berbuat kesalahan (samada sedar dan tidak).

      "Allahumma inna nas-aluka taubah wa dawaamahaa, wa na'udzubika minal maksiatik wa asbaabihaa, wa zakkirnaa bil khaufi minka qabla hujumi khotorootihaa, wahmilnaa 'alan-najaati minhaa, wa minat-tafakkuri fi toroo-iqihaa.

      Waamhu min qulubinaa halaawah maj-tanainaahu minhaa, wastabdilhaa bil-karoohati lahaa, wat-tomaie limaa huwa bidhidh-dihaa."

      Moga anda beroleh kebaikan daripada Allah...
      Wallahua'alam...

    1. qleopatra said...: This comment has been removed by the author.
    1. qleopatra said...: This comment has been removed by the author.

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...