Friday, August 5
Teman-teman yang dirahmati Allah,
Sudah beberapa hari Ramadhan melewati kita. Bagaimana prestasi kita (saya dan teman-teman) sehingga saat ini? Alhamdulillah, mabruk untuk kalian yang berprestasi HEBAT (Moga Allah merahmati kalian). Allah secara langsung akan memberikan kita markah mengikut kesukaanNya.
"Setiap amal anak Adam dilipat-gandakan, satu kebaikan akan dibalas dengan sepuluh kebaikan yang serupa hingga tujuh ratus kali. Allah azza wa jalla berfirman: "Kecuali puasa sesungguhnya puasa itu untuk-Ku dan Aku sendirilah yang membalasnya."
(HR Muslim, an Nasai, ad Darimi, dan al Baihaqi)
Kuantiti. Kualiti.
Kuantiti dan kualiti dua perkara yang perlu dipertimbangkan.
"Betapa ramai orang yang berpuasa tapi tidak mendapatkan apa-apa baginya kecuali rasa lapar."
(HR an Nasai dan Ibnu Majah)
Maka, kita sama-sama memahami keutamaan kualiti amal ibadah yang kita lakukan. Bagaimana pula caranya untuk mendapatkan KUALITI tersebut?
"Sesungguhnya Allah mewajibkan berlaku IHSAN dalam segala hal."
(HR Muslim)
Ya, teman-teman benar... Kita bisa mendapatkan kualiti dengan melakukan IHSAN.
Bagaimanakah IHSAN itu?
IHSAN adalah dengan melakukan suatu perbuatan dengan TERBAIK dan USAHA MAKSIMA.
(Dr. Musthafa Dieb al Bugho dan Muhyidin Mistu dalam kitab mereka, 'Al Wafi')
Apakah kriteria-kriteria Ramadhan yang berkualiti?
"Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan mengharap perhitungan (pahala) akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu."
(Muttafaq 'alaih)
"Puasa itu sendiri adalah rahsia yang padanya tidak ada amal disaksikan. Seluruh amal ketaatan itu disaksikan dan dilihat oleh makhluk sedangkan puasa hanya dilihat oleh Allah azza wa jalla, kerana puasa itulah amalan batin dengan semata-mata kesabaran."
(Imam al Ghazali dalam kitab 'Ihya Ulumuddin')
Semoga Allah memberikan kita kemudahan dalam menjalani ibadah puasa dengan bersungguh-sungguh. Selamat berprestasi!
Wallahua'alam. Ramadhan Mubarak!
0 comments: