• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Ramadhan Mubarak (2)

    Wednesday, August 3
    Teman-teman yang dirahmati Allah,

    "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa."

    (QS Al Baqarah, 2:183)

    "Demikianlah ayat ini menunjukkan matlamat agung dari ibadat puasa itu iaitu untuk mencapai takwa. Takwa itulah yang bersemarak dalam hati ketika mengerjakan fardhu puasa kerana menjunjung perintah Allah dan mengutamakan keredhaanNya." 

    (Sayyid Qutub)

    Lalu, kita memahami bahawa matlamat kita pada setiap Ramadhan adalah untuk mencapai takwa.

    Bagaimanakah takwa itu sebenarnya? (Saya bertanya kepada diri-sendiri dan mendorong teman-teman untuk menjawab persoalan ini)

    Umar al Khattab: Sebutkan ciri-ciri takwa kepadaku.
    Ubai bin Kaab   : Apakah tuan pernah melintasi kawasan dengan penuh duri?
    Umar al Khattab: Ya!
    Ubai bin Kaab   : Bagaimana tuan lakukan?
    Umar al Khattab: Saya amat berhati-hati bagi menghindarinya daripada terkena duri.
    Ubai bin Kaab   : Begitulah ketakwaan.

    BERHATI-HATI terus menjadi kata kunci utama untuk kita semua.

    "At-takwa hu-wa al-khauf min-al-jalil wa-ar-ridho bil-qoleel wa-al-'amal bit-tanzil wa-al-ist'idaad li-yaum-ir-roheel. (Takwa ialah takut kepada Allah dalam setiap perkara, sentiasa redha dengan pemberian Allah walaupun sedikit, sentiasa melaksanakan sistem Islam dalam kehidupan sebagaimana yang telah diturunkan oleh Allah melalui al Quran, dan sentiasa bersedia dengan bekalan terbaik bagi menghadapi kehidupan akhirat yang kekal abadi.)"

    (Ali bin Abi Thalib)

    Hmm... Ternyata saya baru memahami maksud iklan-iklan yang sering digembar-gemburkan media berkenaan dengan berhati-hati (astaghfirullah al adzeem). Moga kita berhati-hati dalam menyikapi Ramadhan ini dengan penuh keikhlasan, InshaAllah.

    Allahumma in-na nas-aluka al-hudaa wa-at-tuqoo wa-al-'afafaa wa-al-ghinaa

    Ramadhan Mubarak!

    2 comments:

    1. puding karamel said...:

      semoga ramadhan kali ini bakal mengajarkan erti ketakwaan di samping erti keikhlasan
      biiznillah

    1. The Mind of Super Muslim said...:

      Allahumma in-na nas-aluka al-hudaa wa-at-tuqoo wa-al-'afafaa wa-al-ghinaa

      InshaAllah, kita akan terus memohon kepada Allah.

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...