Teman-teman yang dirahmati Allah,
Alhamdulillah, kita sudah memasuki fasa ‘maghfirah’ dan meninggalkan fasa ‘rahmat’. Kita berharap dan akan terus berharap rahmat dan belas kasihan daripada Allah.
Post saya (
Ramadhan Mubarak 3) yang terdahulu bertemakan mengajak saya dan teman-teman untuk mengevaluasi prestasi ibadah masing-masing. Jadi, bagaimana? Sudah dievaluasi atau teman-teman belum berkesempatan untuk membuat evaluasi?
Sekali lagi, saya akan mengajak diri-sendiri dan teman-teman untuk me-review prestasi diri sehingga hari ini.
Insha Allah, mungkin (tapi memang sepatutnya) kita boleh mengambil iktibar dari kisah yang di nukilkan oleh Sheikh Said Hawwa mengenai al Hasan bin Abul Hasan al Bishri. Kisahnya adalah seperti berikut:
Pada suatu ketika di bulan Ramadhan, al Hasan bin Abul Hasan al Bishri berjalan melalui satu kelompok manusia yang sedang tertawa sambil bersenda gurau. Kemudian, al Hasan berkata:
“Sesungguhnya Allah menjadikan Ramadhan sebagai bahan ujian yang tersembunyi bagi seluruh makhluk-Nya. Semua orang sama berlumba-lumba, atau dahulu-mendahului untuk berbuat ketaatan kepada Allah. Kemudian, ada golongan yang dapat mendahului golongan lain, merekalah orang-orang yang beruntung dan berjaya. Sedang golongan lain ada yang tertinggal di belakang dan mereka itulah orang-orang yang menyesal dan merasa mendapat kerugian yang besar. Oleh sebab itu, adalah hairan sehairan-hairannya ketika saya melihat ada orang yang tertawa, bermain-main pada hari seperti sekarang ini dalam bulan Ramadhan, padahal di saat ini adalah hari sebahagian manusia menjadi beruntung dan berjaya, sedangkan ada sebahagian manusia lainnya yang merasa rugi dan menyesal. Yang berbahagia ialah orang-orang yang mendahului kawan-kawannya untuk mentaati Dzat Yang Maha Pencipta, dan yang merugi ialah orang yang hanya gemar melakukan kebatilan dan kesia-siaan.”
Kita berdoa kepada Allah agar menjadi MANUSIA yang BERUNTUNG dan BERJAYA.
Ya, saya merasakan eloklah kita (saya) dan teman-teman (sekiranya mahu) berhenti sejenak, mengevaluasi prestasi sepanjang 10 hari Ramadhan yang telah berlalu.
Saya bertanya kepada diri-sendiri (teman-teman juga boleh bertanya soalan yang sama kepada diri-sendiri):
- Sudahkah kita MEMANFAATKAN sebaik-baiknya kehadiran bulan Ramadhan yang penuh barokah ini?
- Sudahkah kita BERSUNGGUH-SUNGGUH dengan usaha yang MAKSIMA mencantikkan puasa ini?
- Sudahkah kita memastikan KELUARGA-TETANGGA-SEMUANYA sama-sama menikmati keberkatan Ramadhan ini?
- Sudahkah kita mencapai tahap MINIMUM pembacaan al Quran setiap hari? Jika standard kita 2 - 3 juzuk sehari, maka sepatutnya kita sudah khatam pada 10 Ramadhan.
- Sudahkah kita memastikan SUNAT-SUNAT PUASA seperti bersahur disempurnakan?
- Sudahkah kita memastikan kita tetap ISTIQOMAH dengan solat tarawih dan BERAZAM untuk meneruskannya sehingga ke akhir Ramadhan?
- Bagaimana dengan TARGET Ramadhan yang telah kita tetapkan sebelum ini? Apakah kita sudah mencapainya?
- Apa bezanya kita HARI INI dengan HARI-HARI SEBELUM RAMADHAN? Sama saja atau berbeza?
- Sejauh manakah Ramadhan tahun ini LEBIH BAIK daripada Ramadhan yang terdahulu?
Kemudian, suka saya berkongsi dengan teman-teman satu kronologi yang sungguh menggembirakan daripada seorang Hamba Allah yang sangat baik, mak mem-bulat saya pada satu bulatan eksklusif yang terdahulu (afwan kerana kronologinya sudah ditokok tambah oleh saya sendiri).
Sekarang kita berada pada satu temasya olahraga. Kita menjadi peserta dan Ramadhan menjadi trek larian. Teman-teman akan menjadi pesaing. Jaraknya cuma 40 meter (ada yang mengatakan 30 meter).
“Kalau mahu menjadi JOHAN: 10 meter pertama guna kelajuan yang normal, 10 meter kedua dan seterusnya, kelajuan berlari harus ditingkatkan (untuk save energy) supaya pada akhirnya kita boleh membuat pecutan yang terpantas dengan IMPAK yang MAKSIMA (Insha Allah).”
(Kata-kata Inspirasi Mak Mem-BULAT)
Nah, sebagai penafsiran daripada kronologi, sudah tiba saatnya untuk kita meningkatkan kelajuan larian. Kalau sebelum ini cuma dengan kelajuan 20 – 40 kilometer sejam, maka untuk meter larian yang kedua eloklah kelajuan larian ditingkatkan kepada 60 – 80 kilometer sejam. Tidak ada masa yang tersisa untuk berjalan dengan perlahan.
Kuatkan tekad untuk menggandakan amal! Ramadhan Mubarak!
Wallahua’alam wa nastaghfirullah al adzeem
0 comments: