• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Saya Mahu Mendengar Suara Saya Sendiri...

    Saturday, August 13
    Beberapa masa belakangan ini, kerinduan untuk melakukan aktiviti kegemaran semakin tidak dapat ditahan-tahan. Berusaha mencari ruang dan peluang untuk melakukannya, tetapi tetap tidak berjaya menemukannya.

    Saya mahu mendengar suara saya sendiri...

    Saya tahu... saya bukannya punya suara yang enak dan merdu walaupun saya terharu dengan suara sendiri (wajar untuk teman-teman tidak ikut terharu). Insha Allah, teman-teman lagi mempunyai suara yang lebih enak dan apa saja perkataan yang boleh menggambarkan keindahan dan keharmonian suara atau bunyi yang dihasilkan. Bila saja ada musabaqoh nasheed dan saya terpaksa untuk turut serta, saya hanya jadi penyumbang suara. Walaubagaimanapun, alhamdulillah Allah mengizinkan saya untuk boleh mendengar dan bersuara.

    Saya memang (sangat) mahu mendengar suara sendiri... gema suara sendiri...

    Sehingga saat ini saya belum menemukan ruang yang sesuai untuk melakukannya. Bilik air? Oh, tidak! Mana mungkin saya boleh melakukannya di dalam bilik air. Mahu baca ayat-ayat cinta di bilik air? Huhh... Lalu, saya membuat permohonan kepada Allah agar dipertemukan ruang untuk mendengar suara sendiri, gema suara diri-sendiri.

    Allah Maha Mendengar, Allah Maha Mengetahui atas segala sesuatu.

    Alhamdulillah, Allah tidak menemukan saya dengan ruang untuk keinginan tersebut. Allah memberi jauh lebih daripada apa yang saya inginkan. Saya dipertemukan dengan manusia ISTIMEWA dalam satu program 'Tautan Kasih' (Program Sejagat: Kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia - Sektor Pendidikan Islam, Islamic Relief, dan sebuah pertubuhan NGO). Sebelumnya juga, Allah telah memberikan klu jawapan terhadap permohonan saya dalam satu rancangan dokumentari (tapi, saat itu saya belum memikirkan signifikannya).

    Manusia ISTIMEWA, mereka memang tersangat ISTIMEWA. Allahu Akbar!

    Mereka bersolat. Mereka membaca al Quran. 

    Saya menghujani diri dengan beberapa persoalan sukar berkenaan mereka (tapi dipendamkan saja perasaan untuk bertanya). Mereka jauh lebih baik daripada saya yang kelihatannya sempurna. Saya mengangumi mereka kerana mereka bukan dari manusia yang boleh mendengar suara sendiri, gema suara sendiri. Bukan mereka tidak mahu, mereka tidak berupaya untuk melakukannya (secara zahirnya).

    Mereka adalah manusia ISTIMEWA yang HEBAT. Masha Allah.

    Saya terpenyek dengan diri-sendiri. Apalagi yang saya mahu? Allah sudah memberikan nikmat yang sangat banyak. Tidakkah saya mahu bersyukur? (Mode: Repent) Sekiranya Allah menarik satu saja nikmat-Nya daripada kita, kita pasti akan merasakan kehilangan yang amat besar.

    Saya mengajak diri dan teman-teman untuk bermuhasabah seketika. Bayangkanlah diri kita berada pada posisi saudara-saudara ISTIMEWA kita yang saya ceritakan. Apa perasaan kita?

    Astaghfirullah al adzeem...

    Alhamdulillah wa tsumma alhamdulillah wa tsumma alhamdulillah. Kita bersyukur kepada Allah kerana dicukupkan dengan pendengaran, pengelihatan, dan percakapan saat kita berada di dunia ini. Kita berdoa kepada Allah agar menggunakan kecukupan yang diberikan diabadikan semata-mata kerana Allah.

    Firman Allah SWT: 

    "Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami adalah pekak, bisu, dan berada dalam gelap-gulita. Barangsiapa yang dikehendaki Allah (kesesatannya), nescaya disesatkan-Nya. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah (untuk diberi-Nya petunjuk), nescaya Dia menjadikan-Nya berada di atas jalan yang lurus."

    (QS Al An'am, 6:39)

    Kita sekali-kali tidak mahu untuk menjadi orang yang pekak, bisu, dan tuli kerana mendustakan ayat-ayat Allah (nau'dzubillah min dzalik). Semoga Allah memberi kebaikan kepada kita semua, teman-teman, dan saya. Insha Allah.

    Allahumma ij-'alnaa syaa-kiriin li-nikmatik, musniin bihaa, qoobilihaa, wa at-tamiiha 'alainaa.

    (Ya Allah! Jadikanlah kami orang yang mensyukuri nikmat-Mu, orang yang memuji kerana nikmat itu, orang yang mahu menerimanya, serta sempurnakanlah nikmat itu ke atas kami.)

    Nota: Sekiranya Allah memberikan ruang, saya mahu mendengar suara saya sendiri, gema suara sendiri.

    Wallahua'alam

    0 comments:

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...