Ingat lagi Dar al Arqam? Ya, rumahnya Abu Abdillah al Arqam bin Abi al Arqam al Makhzumi. Rumah ini terletak di atas bukit al Safa' yang agak jauh terpencil daripada pandangan thagut Musyrikin dan dewan perhimpunan mereka. Rasulullah SAW telah menjadikan Dar al Arqam ataupun nama kemudiannya Dar al Islam sebagai markas gerakan dakwah dan pusat pertemuan dengan kaum Muslimin. Ianya beroperasi pada tahun kelima dari tarikh kebangkitan baginda SAW.
Barangkali teman-teman ada yang tertanya apa perkaitannya Dar al Arqam dengan Dar al Akhawat?
Dar al Akhawat di tempat lain, ada yang memanggilnya sebagai Rumah Islami atau Rumah Dakwah. Peranannya sama saja walaupun namanya sedikit berbeza.
Dar al Akhawat tidak hanya berperanan sebagai tempat tinggal, tetapi boleh juga dikatakan sebagai tempat pertemuan (markas).
Pengalaman tinggal bersama hamba-hamba Allah di Dar al Akhawat memberikan kesan yang optimal kepada jiwa saya. Sekiranya teman-teman pernah berpengalaman seperti saya, saya yakin teman-teman akan bersetuju dengan pernyataan, tinggal di rumah akhawat memberi kesan yang berbeza kepada iman serta kematangan diri, Insha Allah.
Alhamdulillah, saya sememangnya tidak pernah serumah dengan teman-teman yang bukan akhwat, tapi saya sangat bersetuju dengan pernyataan saya sendiri (saya memohon keampunan Allah).
Tinggal bersama adalah perkara yang membahagiakan. Tidak kiralah samada ruh, jasad, ataupun akal. Alhamdulillah, KENYANG kalau kita tinggal dengan akhawat.
Kenapa? Akhawat suka masak =) Ada yang memasak secara langsung ada juga yang memasak secara tidak langsung.
Saya sertakan menu yang saya suka sepanjang tinggal di Dar al Akhawat:
- Jasad - Makan dalam talam, riadhah kerusi roda, bersiar-siar tepi pantai, mandi air terjun, cabut rumput, gotong-royong bersihkan rumah, pindah-randah, open house, ...
- Akal - Duduk lepak-lepak, movie night, bedah buku, jaulah bahan, ...
- Ruh - Booster membooster bacaan al Quran dan hafazan, bacaan al ma'thurat di pagi hari, tazkirah tiba-tiba, muhasabah sekali-sekala, ...
Hebat bukan? Tidak mengapa sekiranya teman-teman tidak bersetuju...
Akhawat juga manusia yang punya perasaan, jadi sekiranya ada yang bertanya semuanya maniskah disana? Jawapannya sudah tentu terkadang masam, masin, pahit, dan juga tawar.
Alhamdulillah, banyak yang saya pelajari sepanjang tinggal di Dar al Akhawat, saya belajar...
- Ithar
- Husnu-dzon
- Hal-hal berkaitan kemanusiaan (bagaimana menjadi manusia)
- Perihal keakhawatan
- ...
Tinggal di Dar al Akhawat juga membuatkan saya mencipta beberapa rekod peribadi (berperasaan seperti dapat Guinness World Record). Contohnya:
- Tukar lampu yang terbakar
- Baiki paip rosak
- Tukar tombol pintu
- Berpengalaman jadi plumber
- ...
Baiklah, sampai disini dahulu ya teman-teman...
Dalam perkataan lainnya, tinggal bersama akhawat sememangnya memberikan kesan yang optimal kepada diri saya.
JZKK kepada semua akhawat kerana terus sabar dalam menangani kewujudan saya dalam kalangan antunna. Afwan katheera 'ala kullu hal. Moga Allah merahmati antunna dan menjadikan rumah kita seperti rumahnya al Arqam bin Abi al Arqam al Makhzumi, Dar al Islam. Kita berdoa kepada Allah agar Dar al Akhawat akan menjadi dan terus menjadi markas PEMUDA ISLAM, Insha Allah.
Wallahua'alam.
0 comments: