• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Rubik's Cube

    Sunday, May 8
     

    Teman-teman pernah main Cube Puzzle? Ya, tak kisahlah mana-mana samada Pocket Cube (2X2X2), Rubik's Cube (3X3X3), Rubik's Revenge (4X4X4), V-Cube 6 (6X6X6), V-Cube 7 (7X7X7) atau pun Combination Puzzles.

    Berkongsi perasaan sendiri terhadap Cube Puzzle, sejujurnya saya berasa tidak gembira apabila tidak berjaya menyelesaikan permasalahan tersebut (cuma permainan) dan kelihatannya gerakan-gerakan yang dibuat untuk seterusnya agak mustahil untuk mengembalikan keadaan asal kiub tersebut. Walaubagaimanapun, apabila kita mengetahui sedikit sebanyak tentang alogaritmanya, ianya mudah untuk diselesaikan.

    Teman-teman boleh melayari menerusi link-link berikut untuk maklumat lanjut berkenaan dengan penyelesaian mudah Rubik's Cube:
    Sekarang cuba pula teman-teman lihat video ini (adakalanya kita sedikit malas untuk membaca jadi sebagai alternatif kita melihat dan mendengar):




    Bagaimana? Teman-teman sudah boleh menyelesaikan Rubik's Cube sekarang? Tidak mengapa sekiranya belum berhasil, inikan cuma mainan.

    Sekiranya hidup kita hanya untuk bermain, silakan membaca ayat berikut:

    "Kehidupan itu tidak lain hanyalah kehidupan kita di dunia ini, kita mati dan kita hidup, dan sekali-kali tidak akan dibangkitkan lagi."

    (QS Al Mukminun, 23:37)

    Peringatan untuk diri-sendiri, tujuan kita hidup di atas muka bumi Allah ini hanya dua. 

    Pertama: Mengabdikan diri kepada Allah

    "Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepadaKu. (56) Aku tidak menghendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberiKu makan. (57) Sesungguhnya Allah Dialah Maha Pemberi rezki Yang mempunyai Kekuatan lagi Sangat Kokoh. (58)"

    (QS Adz Dzaariyaat, 51:56-58)

    Kedua: Khalifah Allah

    "Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.""

    (QS Al Baqarah, 2:30)

    Maka, masa yang kita ada sebenarnya tidaklah cukup untuk banyak bermain-main kerana dua perkara utama yang telah Allah aturkan dalam hidup kita ini sudah cukup untuk menyibukkan kita daripada perkara-perkara yang lainnya.

    Hurm... Apa kaitannya Rubik's Cube dengan hidup manusia?

    Kehidupan lebih terasa nikmatnya apabila Allah memberikan MASALAH kepada hamba-hambanya (saya memohon keampunan daripada Allah). MASALAH membawa makna Allah menyanyangi kita. Kenapa? 


    "Sesungguhnya besarnya pahala itu mengikut besarnya ujian. Jika kamu redha, Allah pasti redha dan jika kamu benci, Allah pasti benci."


    (HR At Tirmidzi)

    Menurut saya MASALAH adalah (saya memohon keampunan daripada Allah):
    • Kasih-sayang Allah
    • Tanda Allah mahu kita qorib kepadaNya 
    • Tarbiyah daripada Allah
    • Latihan intensif eksklusif untuk menjadikan kita lebih tangguh dalam menghadapi permasalahan yang lebih besar  
    Allah memberikan kita masalah untuk diselesaikan dan sebenarnya tiadalah kudrat kita melainkan Allah jugalah yang menyelesaikannya untuk kita. Masha Allah, sungguh Allah Maha Tahu atas segala sesuatu.

    Jika kita mengkronologikan masalah sebagai Rubik's Cube, kadang-kadang kita akan terasa mustahil untuk menyelesaikannya. Adakalanya ianya akan mengambil masa yang lama. Berkongsi fakta, Erno Rubik (Inventor of Rubik's Cube) mengambil masa sebulan untuk menyelesaikan kiub tersebut dan beranggapan mustahil untuk menyelesaikannya.

    Ibrah daripada cerita, Allah adalah Penyelesai Masalah yang terbaik, Allah Maha Mengetahui. Masalah manusia lebih rumit jika dibandingkan dengan masalah Rubik's Cube tetapi Allah Maha Bijaksana.

    Apapun masalah yang Allah berikan kepada kita, kita harus memandang dan menerimanya dengan penuh positif. MASALAH apabila dipandang dengan positif, Insha Allah kita akan bertambah qorib dengan Allah tetapi apabila ia dipandang dengan negatif, boleh jadi ia akan menjarakkan kita daripada Allah (na'uzubillahi min dzalik).

    Jom, kita teruskan lagi:

    Allah tahu apa yang terbaik untuk kita
    Jadi, kenapa harus kita pertikaikan?
    Kita selalu mahu sinaran matahari, tapi Allah tahu hujan lebih baik
    Kita selalu suka untuk ketawa, tapi hati kita akan menjauhi Allah sekiranya saya tidak pernah menitiskan airmata

    Allah menguji kita dengan kesusahan dan kesedihan
    Allah menguji bukan untuk menghukum kita, tapi membantu kita pada hari pertemuan nanti

    Allah selalu menguji kita
    Dan untuk setiap kesakitan, Allah memberikan ganjaran yang tidak terhingga apabila ia disertai dengan kesabaran
    Jadi, apa pun perasaan kita
    Apabila terasa semuanya serba salah
    Itu adalah jalan Allah serta tarbiyah daripadaNya
    Untuk membuat kita lebih tangguh dan solid dikemudiannya
    Insha Allah

    Saya menyeru diri-sendiri dan mengingatkan diri-sendiri:

    "Kami tiada membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya, dan pada sisi Kami ada suatu kitab yang membicarakan kebenaran, dan mereka tidak dianiaya."

    (QS Al Mukminun, 23:62)

    Has-bi yal-laa-hu wa ni'-mal wa-keel
    Allah is sufficient for me and He is the Best Helper

    Wallahua'alam wa astagfirullah al adzeem











    0 comments:

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...