Monday, May 16
Labels:
Biology,
Pengurusan Diri
|
Bercerita tentang makanan merupakan satu topik yang sangat sensitif dan memerlukan mujahadah dalam melaksanakannya (Teman-teman hanya akan memahami apabila berada di dalam kondisi saya).
"Dan tidaklah Kami jadikan mereka tubuh-tubuh yang tiada memakan makanan, dan tidak (pula) mereka itu orang-orang yang kekal."
(QS Al Anbiya, 21:8)
Antara keperluan hidup manusia adalah makan. Ternyata menerusi ayat di atas, saya memahami bahawa (saya memohon keampunan daripada Allah) Allah telah memprogram kita untuk mempunyai sebuah agenda besar iaitu makan.
Betapa Allah Maha Pemberi kepada manusia. Tidak kira samada seorang manusia itu beriman kepadaNya ataupun tidak, Allah tetap menyediakan makanan kepada semua makhluk ciptaannya.
Mengapa saya mengatakan bahawa makan adalah sebuah agenda yang besar?
"Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keridhaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih."
(QS Al Insan, 76:9)
Kemudian, Allah memerintahkan kita untuk melihat dan berfikir tentang makanan yang kita makan.
"Maka hendaklah manusia itu memperhatikan makanannya."
(QS Abasa, 80:24)
Apa dapatan daripada pemerhatian kita terhadap makanan? Baiklah, cuba teman-teman fikirkan seketika...
Saya akan menjawab, kita dapat mengetahui banyak sifat Allah melaluinya. Antaranya, Dialah Yang Maha Pemberi Rezeki, Yang Maha Mengetahui, Yang Maha Mendalam PengetahuanNya, Yang Maha Bijaksana, Yang Maha Mengasihani, Yang Maha Mulia, Yang Maha Memberi Petunjuk, Yang Maha Menghidupkan, dan Yang Maha Membentuk Rupa.
Adakah saranan pemakanan di atas sudah cukup memenuhi keperluan kita? Saya masih lagi terasa lapar (sudah baca doa makan), teman-teman punya cadangan?
Saya akan membiarkan teman-teman untuk berfikir MENU apakah yang benar-benar seimbang untuk menjadikan kita sihat (jika diizinkan Allah)?
Insha Allah, kita akan menyambung perbincangan pada sesi yang seterusnya.
(Bersambung...)
Wallahua'alam.
0 comments: