• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Surah An Naba

    Monday, May 16

    Nama Surah: Surah An Naba (Surah Amma)
    Nombor Surah: 78
    Bilangan Ayat: 40
    Jenis Surah: Surah Makkiyyah

    Pembicaraan:
    • Hari Kebangkitan, bukti kewujudannya, dan fenomena kekuasaan Allah
    • Pendusta hari kebangkitan, situasi mereka, dan orang beriman pada hari tersebut
    • Menggambarkan kengerian dan kehebatan hari Kiamat
    • Menanam perasaan takut ke dalam jiwa manusia terhadap azab pada hari tersebut
    Keterangan Ayat:
    1. Mengenai apakah mereka saling tanya-menanya
    2. Mengenai berita yang agung
    3. Yang mereka perselisihkan mengenainya
    Orang Musyrik tertanya-tanya sesama mereka tentang hari Kebangkitan. Mereka sibuk memperkatakan dan tidak mempercayainya. Malahan mereka mempersendakan peristiwa hari kebangkitan. Lalu Allah Taala telah menyanggah mereka dengan menggunakan gaya bahasa berbentuk soalan bagi menunjukkan peri penting dan gerunnya perkara yang dipersoalkan. Ia bertujuan menyatakan bahawa ilmu tentang hari Kebangkitan tidak dapat dicapai oleh makhluk.

    Perkara apakah yang ditanya Rasulullah SAW dan orang mukmin? Adakah mereka saling bertanya mengenai berita yang agung (hari Kebangkitan)? Iaitu perkara yang mereka perselisihkan. Oleh itu, ada kalangan mereka komited bahawa peristiwa tersebut tidak akan berlaku. Mereka berkata:

    "Hidup hanyalah hidup kita di dunia. Kita mati dan kita hidup tidak akan dibangkitkan."


     (QS Al Mukminun, 23:37)

    Nota:
    *Tulisan adalah sedutan daripada kitab Tafsir al Wadhih oleh Dr Muhammad Mahmud Hijazi.

    (Bersambung...)

    0 comments:

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...