I love music... Biar betul? Yup, saya suka muzik, teman-teman bagaimana? Saya yakin teman-teman juga menggemari muzik.
Buat para murobbi dan murobbiyah, jangan marah duluan. Insha Allah, saya hanya mahu memupuk diri saya sendiri berserta teman-teman untuk mencintai muzik (saya memohon keampunan daripada Allah). Tidaklah saya bermaksud membawa idea untuk mensibghahkan (mencelup) teman-teman kepada perkara jahiliyah yang sudah pun kita ucapkan “Sayonara” untuknya. Insha Allah, muzik sebenarnya mampu untuk melembutkan hati.
Hmm... Bagaimana mungkin muzik boleh melembutkan hati? Padahal, ia termasuk dalam kategori perkara lagho. Perkara ini masih lagi menjadi khilaf dalam kalangan ulama dan fuqaha. Para ulama dan fuqaha telah berijtihad dalam menentukan hukumnya dan mereka terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan yang mengharuskan dan golongan yang mengharamkan.
Saya langsung tidak berkelayakan untuk membincangkan soal hukum muzik itu sendiri. Saya bukan ustazah, bukan sesiapa dan saya adalah seseorang yang baru saja memahami dan mempelajari tentang manusia.
Teman-teman jangan pening duluan ya... Saya sama sekali tidak bermaksud untuk membuatkan keliruan.
Perkataan muzik itu sendiri sebenarnya membawa maksud apa? Berapa banyakkah jenis muzik yang Allah ilhamkan kepada manusia? Saya serahkan tugas ini kepada kalian untuk mendapatkan jawapannya.
Mari kita bermuhasabah dahulu, muzik yang bagaimana sebenarnya kita sukai?
Sejujurnya, saya memang tidak boleh mendengar muzik yang sembarangan, kepala jadi pusing... tapi, saya memang menyukai muzik. Insha Allah.
Sekarang, silakan mendengar lagu pertama yang kita nyanyikan...
Bagaimana? Suka?
Sekali lagi, silakan pula mendengar nyayian pertama untuk kita, setibanya kita di dunia manusia...
Apa teman-teman masih ingat? Subhanallah, very beautiful.
Kita mulakan sekali lagi, sebelum itu, saya mencadangkan kepada teman-teman agar melakukan perkara yang berikut semasa mendengarkan setiap musik yang saya sertakan.
Duduk dengan selesa sambil memejamkan mata
Bernafas dengan perlahan-lahan selama satu hingga dua minit
Bersihkan fikiran daripada perkara yang kacau
Imaginasikan bunyi yang didengari
Well Done, Masha Allah! Apa yang anda rasakan? Teman-teman baru saja selesai latihan kecerdasan muzikal dan melembutkan hati. Sekiranya teman-teman merasa biasa-biasa sahaja, itu tandanya anda masih memerlukan latihan. Teruskan mencuba.
Berbicara mengenai kecerdasan muzikal, Islam memberikan perhatian terhadap perkara ini. Rasulullah SAW memerintahkan anak yang baru lahir agar diperdengarkan azan untuknya. Tidak hanya azan, iqamat juga turut diperdengarkan. Jadi, nyata sekali kita bermula dengan muzik.
Rasulullah SAW dan para sahabat telah mempraktikkan muzik sebagai pelembut hati. Baginda SAW mengajarkan agar melantunkan ayat-ayat Allah dengan suara yang indah sehingga pendengarnya leka. Tidak terkecuali, al Imam al Ghazali dan Jalaludin Rumi juga menyukai muzik bagi mendekatkan diri dengan Allah.
Teman saya, SHU-Hee mendifinasikan muzik sebagai suatu gelombang bunyi yang harmoni (beliau memohon keampunan daripada Allah). Harmoni yang dimaksudkan adalah sesuatu yang bersesuaian dan selesa untuk hati menjadi lembut dan qorib dengan Allah. Jadi, sebelum membuat keputusan untuk mendengar muzik, pilihlah muzik yang harmoni yang boleh menghidupkan hati.
SHU-Hee juga turut mendifinasikan muzik ada dalam diri kita dan selama kita hidup kita akan terus bergelumang dengannya.
Aaron Copland, komposer Amerika menunjukkan ada tiga peringkat mendengar muzik:
Tingkatan Perasaan: Mendengar muzik hanya buat menikmati bunyi yang diciptakan
Tingkatan Ungkapan: Memperhatikan suasana hati dan makna gubahan lagu. Mendengar buat mencari pesan utama komposer
Tingkatan Muzikal: Memperhatikan pelbagai unsur sturuktur muzik, melodi, harmoni, irama, dan nada
Suka saya untuk bertanya kepada diri dan teman-teman, pernahkah kita mengaplikasi dan berpengalaman terhadap pemeringkatan mendengar muzik yang dinyatakan sebelum ini?
Jawapan kepada persoalan, kita selalu melakukannya, Insha Allah. Saya merasa sangat bahagia saat melakukannya dan saya pasti anda juga merasainya.
Bila? Saat kita mendengar dan membaca al Quran. Semasa mendengar bacaan al Quran, kita berada pada tingkat perasaan. Tanpa faham maksudnya, kita tetap dapat menikmati bacaan al Quran tersebut. Membaca al Quran meletakkan kita pada tingkatan ungkapan. Kita berinteraksi dengan Allah dan inilah yang menjadikan hati kita lembut. Tingkatan muzikal berlaku apabila kita memperhatikan tajweed dan tarannum untuk melafazkan setiap patah perkataan di dalam al Quran. Allahu Akbar, Allah Maha Besar.
“Allah tidak pernah mengizinkan apa-apa seperti mengizinkan nabi memiliki suara indah bagi melagukan al Quran dan menguatkan bacaannya.”
(HR Bukhari dan Muslim)
“Bacalah al Quran dengan perlahan-lahan (dengan tartil).”
(QS Al Muzammil, 73:4)
Menjelaskan lagi betapa bergelumangnya kita dengan muzik, kita mendengar laungan azan 5 kali setiap hari.
“Apabila dikumandangkan azan memanggil solat, maka syaitan lari terbirit-birit supaya tidak mendengar azan. Selepas azan selesai, syaitan datang semula. Apabila iqamat dikumandangkan, syaitan melarikan diri lagi. Sesudah iqamat selesai, syaitan datang semula. Lalu dia berbisik menggoda orang yang sedang solat, ‘Ingatlah ini, ingatlah itu’. Syaitan mengingatkan hal-hal yang sebelumnya tidak diingati orang itu, sehingga dia tidak tahu sudah berapa rakaat dia solat.”
(HR Bukhari dan Muslim)
Bagaimana pula pernyataan bahawa muzik itu berada dalam diri kita? Saya boleh mengkategorikannya (saya memohon keampunan Allah) kepada dua:
Muzik bukan daripada mulut. Contohnya seperti degupan jantung; popping sound samada daripada kaki, tangan, tengkuk dan yang lainnya; fenomena grinding teeth; bunyi pergerakan usus; pass wind; dan lain-lain
Muzik daripada mulut. Muzik daripada mulut memiliki kepelbagaian nada, ianya boleh hadir dalam frekuensi yang tinggi dan juga rendah. Sebagai peringatan, kawallah nada suara anda kerana Allah tidak menyukai orang yang bersuara keras.
“Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara adalah suara keledai.”
(QS Luqman, 31:19)
Muzik alam semulajadi, muzik dalam diri, dan muzik daripada bacaan al Quran merupakan cadangan muzik yang harmoni yang bersesuaian dengan jiwa kita. Mendengar muzik bukanlah sekadar untuk berhibur, malah ianya lebih daripada itu. Berfikir dan mengaplikasi adalah rentetan daripada aktiviti mendengar. Insha Allah, muzik-muzik ini akan membantu kita lebih qorib dengan Allah seterusnya melembutkan hati agar ia terus hidup.
Mari kita cuba sekali lagi pelatihan untuk meningkatkan kecerdasan muzikal dan melembutkan hati. Teman-teman, silakan mencuba ya...
"Nahnu ramyun min rimayatil Islam... Fa armi ainama shi'ta. (Kami adalah anak-anak panah Islam... Maka lemparkanlah sahaja kemana yang dituju)"
Sa'ad bin Abi Waqas
"Saya merasa seperti baru berumur sembilan tahun saja. Tujuh tahun setengah saya gunakan umur saya untuk berjihad di Afghanistan. Sedangkan satu tahun saya baktikan untuk jihad di Palestin. Selebihnya, tahun-tahun itu tak bernilai apa-apa."
Syeikh Abdullah Yusuf Azzam
GTM-SETI
Absence of evidence is not evidence of absence
In the deepest sense the search for extra-terrestrial intelligene (ET) is a search of ourselves
music-kredit to ibn ziyad of abbasiyah ^^