Berfikir gaya ALIEN? Pernah tak teman-teman melihat sesuatu dan berfikir tetapi dalam pada masa yang sama kita berfikir pada persepsi yang kita bukan manusia. Afwan, saya juga tidak mengetahui bagaimana untuk menerangkannya dengan baik kepada teman-teman sekalian.
Suka saya memperhatikan manusia dan terkadang terus bereaksi pelik dengan sikap serta perlakuan mereka. Terkadang pula berasa kagum. Sungguh Allah Maha Mengetahui atas segala sesuatu. Sebagai contoh, manusia perlu bersenam, makan, tidur, membeli-belah, bersiar-siar, bersembang, dan sebagainya.
"Berfikirlah kamu tentang makhluk ciptaan Allah dan janganlah kamu memikirkan tentang Zat-Nya kerana kamu tidaklah mengetahui keadaan sebenarnya"
(Hadith diriwayatkan oleh Abu Nu'aim di dalam al Halyah dan al Asbahani
meriwayatkannya di dalam al Taghrib wa al Tarhib)
Berfikir dan memahami perkara berkenaan dengan manusia memerlukan masa yang panjang. Boleh jadi dan dengan izin Allah, seumur hidup tergunakan untuk berfikir dan memahami perkara tersebut. Moga berfikir boleh mengqoribkan diri kepada Allah, Insha Allah.
Perkara terbaru yang saya pelajari sebaik tiba di bumi adalah berkenaan dengan konsep telus dalam berukhuwwah. Nah, sekarang saya akan membicarakan atas kefahaman saya (tafadhol untuk memperbetulkannya).
Secara mudah, telus adalah terbuka. Kita tidak menyembunyikan sesuatu yang seharusnya teman-teman kita ketahui (no hidden agenda). Ya, dalam ukhuwwah memang memerlukan ketelusan.
Bagaimana sekiranya ukhuwwah seperti membran separa telap? Sejujurnya, saya belum mengetahui jawapan untuk yang ini. Insha Allah, pada lain masa akan saya beritakan kepada teman-teman apabila sudah diketahui jawapannya.
Seperti apapun kita, walau bahasa kita agak kusut dan sukar untuk difahami... Kita tidak terlepas untuk bersikap telus.
Lagi, setakat yang saya pelajari untuk telus kita harus berbicara. Mengapa? Sekiranya saya katakan sekarang saya gembira, adakah teman-teman mengetahui bahawa saya benar-benar gembira? Jadi, telus berlaku apabila bersemuka seterusnya dengan berkata. Insha Allah.
A lot of trouble in the world will disappear, if everyone learns to talk to each other instead of talking about each other.
Subhanallah, Allah menciptakan kita perasaan agar tidak kelihatan kaku. Insha Allah, kebiasaannya kita akan mempamerkan apa yang kita mahu ataupun yang tidak mahu dengan jelas melalui riak wajah, penggunaan perkataan serta intonasi suara. Jadi, kaedah ini terlihat lebih hidup untuk aplikasi telus dalam berukhuwwah. (Afwan, saya cuma memberitahukan dapatan eksperimen saya kepada teman-teman sekalian, perbetulkan saya sekiranya silap)
Nah, sekarang saya membiarkan teman-teman untuk memikirkan signifikan daripada kaedah telus dalam berukhuwwah. Insha Allah akan dikongsikan pada kesempatan yang lainnya.
Wallahua'alam
pandai....^^
membran separa telap?depends bgmana awak menyikapinya.
tetapi rasulullah sentiasa menganjurkan untuk berbuat baik kan???
cheers