Ramadhan Mubarak (2)
Bagaimanakah takwa itu sebenarnya? (Saya bertanya kepada diri-sendiri dan mendorong teman-teman untuk menjawab persoalan ini)
Umar al Khattab: Sebutkan ciri-ciri takwa kepadaku.
Ubai bin Kaab : Apakah tuan pernah melintasi kawasan dengan penuh duri?
Umar al Khattab: Ya!
Ubai bin Kaab : Bagaimana tuan lakukan?
Umar al Khattab: Saya amat berhati-hati bagi menghindarinya daripada terkena duri.
Ubai bin Kaab : Begitulah ketakwaan.
BERHATI-HATI terus menjadi kata kunci utama untuk kita semua.
"At-takwa hu-wa al-khauf min-al-jalil wa-ar-ridho bil-qoleel wa-al-'amal bit-tanzil wa-al-ist'idaad li-yaum-ir-roheel. (Takwa ialah takut kepada Allah dalam setiap perkara, sentiasa redha dengan pemberian Allah walaupun sedikit, sentiasa melaksanakan sistem Islam dalam kehidupan sebagaimana yang telah diturunkan oleh Allah melalui al Quran, dan sentiasa bersedia dengan bekalan terbaik bagi menghadapi kehidupan akhirat yang kekal abadi.)"
semoga ramadhan kali ini bakal mengajarkan erti ketakwaan di samping erti keikhlasan
biiznillah